Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Nirman & Mirjant
Tarikh akad nikah: 17 Mac 2020 (sehari sebelum PKP)
= Cerita =
*Isteri*
Sebelum saya mendaftar, saya baru tamat iddah daripada penceraian sebelumnya, saya pastikan diri sudah sembuh daripada segala kesedihan, trauma supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama - iaitu terburu-buru dalam memilih pasangan sebagai pengganti. Saya utamakan perkara ini, kerana saya telah gagal dua kali dalam perkahwinan kerana *tidak terlalu memilih*. Jadi, saya tuliskan sebenar-benar ciri seorang suami yang saya inginkan, dalam masa yang sama, saya pastikan diri bersedia untuk perkahwinan seterusnya andai jodoh tiba awal. Perkara ini amat penting bagi saya, iaitu BERSIH daripada segala benci dan dendam dengan pasangan sebelumnya, memaafkan seikhlasnya, agar hubungan seterusnya lancar.
Maka, saya mendaftar, seingat saya akhir bulan Januari 2020. Saya ambil plan setahun, konon-kononnya saya mungkin perlukan masa yang lama untuk memilih calon yang benar-benar sesuai dan diri saya juga bersedia. Masih takut dengan pengalaman sebelum, namun cuba kekal positif. Usia sudah semakin lanjut. Perlu serius untuk "settle down" berkeluarga. Saya survey beberapa Portal, akhirnya TillJannah yang menjadi pilihan. Ketika awal-awal, ramai lelaki yang mesej, namun belum terbuka hati untuk membalas. Saya juga ketika itu, bimbang mempermainkan orang lain, andai diri belum benar terbuka. Lagipun, saya belum menulis dengan lengkap ciri-ciri yang dicari. Sehingga suatu hari, saya tuliskan kisah saya yang pernah gagal dua kali, dan saya sangat memilih calon yang ingin berkomunikasi, jika mereka bersedia ditemuramah mengenai latarbelakang keluarga, pendidikan, hobi, kewangan - hutang, pendapatan, simpanan, ada tertunggak atau berdisiplin kerana pengurusan kewangan penting dalam rumahtangga - ini di atas pengalaman yang lalu.
Saya nyatakan bahawa saya bersedia berkenalan dengan lelaki yang sudi dan terbuka dengan soalan saya bersama bukti-bukti, bukan cakap-cakap sahaja. Bukan mahukan yang kaya, namun ingin melihat cara pengurusan kewangan, disiplin mengurus diri, mengurus wang, mengurus keluarga, mengurus perniagaan. Barulah di sini kita dapat lihat bagaimana beliau dapat urus rumahtangga, tidak culas dalam nafkah, kemampuan dalam menjadi ketua keluarga. Saya juga sudi dan sedia untuk open tentang diri saya. Saya nyatakan juga, saya lebih prefer bukan suami orang supaya tak ada isu lain di kemudian hari. Yang sudi dengan cabaran saya, boleh berkenalan lanjut. Saya juga nyatakan, saya berhak cerewet dan memilih kerana saya sudah gagal dua kali. Jadi, saya berharap yang seterusnya adalah yang terakhir sehingga akhir hayat, sebolehnya. Saya nyatakan bahawa saya belum serius mencari (kerana masih dalam fasa penyembuhan), namun saya mencari yang sama-sama serius untuk membina keluarga bersama-sama.
Ketika saya tuliskan perkara ini, tiada langsung lelaki yang berani mesej, berbanding sebelumnya. Ternyata, belum ramai yang gentleman dan telus. Ada juga saya usik-usik calon lain, selepas dua minggu hanya diam sepi daripada segala mesej. Namun, mereka reply tidak mampu untuk menepati ciri-ciri yang saya nyatakan. Sehinggalah suatu hari, saya terima mesej daripada seorang lelaki (suami yang sekarang). Beliau perkenalkan diri agak panjang lebar. Ketika itu, saya rasa, beliau ni agresif juga. Beliau nyatakan semua ciri-ciri yang saya inginkan, ada pada beliau. Takut juga ni nak balas. Saya balas pendek-pendek sahaja. Namun beliau tak jemu bertegur. Terus minta nombor telefon untuk mudah berkenalan lanjut. Saya cuma balas, saya cuba untuk terima beliau berkenalan, tapi tak pasti kalau menjadi. Saya masih dalam healing.
Akhirnya kami ke whatsapp dan phone-calls.
*Suami*
Sebenarnya, suami hanya baru mendaftar di TillJannah di atas saranan anak lelaki pertama supaya mula mencari pengganti. Bulan Febuari 2020. Yang mendaftarkan adalah anak sulung lelaki, umur 14 tahun. Setelah menerima mesej, beliau membayar pakej paling murah untuk membaca mesej calon lain. Nak cuba dulu, katanya. Awal-awal cuma meneliti beberapa calon melalui gambar, berbalas mesej, namun belum menepati ciri-ciri yang dicari. Akhirnya bertemu Profile saya, dan terus serius untuk berkenalan. Melalui apa yang ditulis oleh saya, beliau tahu, saya mencari yang serius, ikhlas dan jujur.. Jadi, beliau perlu jelas akan kehidupan yang sebenar. Beliau berkongsi aktiviti seharian bersama anak-anak dan pekerjaan beliau. Bab kewangan juga telus semuanya. Tiada yang disorok daripada saya kerana beliau tahu, saya mencari yang ikhlas.
Tarikh pertama mesej di TillJannah:- 20 Feb 2020
Tarikh berkenalan lanjut dan semakin serius: 21 Feb 2020
Pertama kali jumpa: 27 Feb 2020
Rancangan asal Merisik/ bertunang pada 17 Mac 2020. Bernikah pada Julai 2020
Dinasihatkan oleh kedua-dua keluarga untuk terus bernikah insted of majlis bertunang.
Maka, 17 Mac 2020 kami bernikah setelah hampir sebulan kenal melalui TillJannah.
Izin Allah, semua dipermudahkan.
Kebetulan pula esoknya PKP selama hampir 3 bulan.
Maka, kami sempat honeymoon, kenal lebih mendalam lagi selepas berkahwin.
Alhamdulillah. Perkahwinan sangat bahagia.
Saling memahami.
Walaupun ada yang nasihatkan saya jangan mudah percaya, namun bakal suami ketika itu telus semua tentang dirinya. Tiada apa yang disembunyikan. Saya yakin dengan kata dan pilihan hati. Jodoh saya dipermudahkan. Alhamdulillah. Terima kasih juga, asbab TillJannah, kami bertemu. Sebenarnya, sehingga ke hari ini, kedua-dua belah keluarga kami pun belum tahu di mana kami kenal. Kawan-kawan juga hairan... Maka, melalui testimoni ini, terbongkarlah... (hehe)