Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Firdaus & Rosalia

Assalamualaikum wbt..

Perkongsian ini khas untuk team portal tilljannah.my. Saya sangat berterima kasih atas kewujudan portal ini.

Pada mulanya saya telah mengetahui portal ini melalui facebook pada awal tahun 2017. Saya memang berniat untuk mencari calon suami dalam portal ini. Jadinya, saya mulalah mendaftar sebagai ahli premium selama 3 bulan sahaja. Ingatkan mudah sahaja berjumpa jodoh rupanya tidak. Dalam tempoh 3 bulan tu saya berkenalan dengan ramai calon yang ada. Tapi hanya setakat bermesej dan terus senyap. Kali ke 2 saya mendaftar pun sama juga untuk tempoh 3 bulan. Tapi still tak jumpa calon yang sesuai. Masuk kali ke 3 pendaftaran barulah terjumpa calon yang sekarang ni telah pun menjadi suami saya. Perkenalan yang singkat iaitu pada bulan 9 tahun 2017. Majlis merisik pada bulan 4 tahun 2018 dan majlis bertunang dan nikah pada bulan 11 tahun 2018.

Alhamdulillah, akhirnya pencarian mencari bakal imamku telah pun tercapai. Tq tilljannah.my kerana telah mewujudkan portal ini. Kini perkahwinan kami akan memasuki tahun yang kedua pada bulan 11 2020 dan bakal menimang cahaya mata sulung pada bulan 11 ni juga. Syukur alhamdulillah Allah swt permudahkan segalanya. Kita perlu terus berusaha tapi yang menentukan Allah swt. Sekali lagi jutaan terima kasih untuk team portal tilljannah.my. Teruskan usaha anda untuk terus membantu mereka yang masih mencari jodoh.

Sedikit perkongsian saya untuk dikongsi bersama. Sekian, terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh