Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Anuar & Izza

Mendaftar masuk ke portal tilljannah pada Januari 2019 dengan hanya niat mencari teman bersembang. disapa ramai kenalan di portal tapi hanya seorang mencuri tumpuan. Mula berbual di portal pada April 2019 berlanjutan 2 minggu seterusnya bertukar no telefon. Cuba dapatkan pandangan dan nasihat akhirnya hubungan menjadi serius. Tak pernah sekali pun antara kami sebut untuk “declare” hubungan ni, tak tahu dari mana aura hubungan ni sehingga kami memilih untuk bersemuka secara rasmi pada September 2019. Saya seorang ibu tunggal punya dua anak lelaki, pada mulanya saya rasa dia tak serius dengan hubungan ni kerana dia seorang bujang dan saya sebaliknya. Punya komitmen yang tinggi dan saya orang jauh dari negeri dia menetap sekarang.

Saya agak selepas dari pertemuan pertama tu dia takkan nak jumpa kami lagi. Maklumlah, anak-anak yang agak nakal dan menduga kesabaran. Ternyata saya salah, dari hari tersebut, anak-anak mulai panggil dia “ayah” dan dia langsung tak kisah dengan panggilan tersebut. Masih tidak ada apa-apa perancangan masa depan sehinggalah saya dan anak-anak pula ke Perak pada bulan Nov. Tujuan utama adalah untuk bercuti, hotel telah dibooking sebelum kenal dengan dia. Tapi, setibanya kami di Perak disambut dia di ETS stesen – terus dia bawa saya dan anak-anak berjumpa ibunya.

Intermission – hari terakhir saya disana, ibu dia membawa saya ke kedai emas untuk pilih cincin merisik. Hebat kan? Hahaha...tak pernah sebut nak couple, tak pernah mention saya suka awak apatah lagi I Love YOU, tau-tau pergi beli cincin merisik. Kami bertunang secara kecil-kecilan pada December 2019. Alhamdulillah, Subhanallah...hebat sungguh aturan dan perancangan ALLAH buat kami. Akhirnya kami disatukan pada 29 Mei 2020 di pejabat Agama Negeri Sembilan dan hanya dihadiri oleh kakak dan abang ipar suami kerana PKPB . Insha Allah, jika ada rezeki, majlis seterusnya akan dibuat di Perak pada December 2020.

Terima kasih portal Till.Jannah diatas usaha murni pihak Tuan kerana menemukan saya dengan suami saya. Saya doakan portal ini akan terus maju di masa hadapan dan akan lebih ramai lagi pasangan yang akan bertemu jodoh yang baik-baik disini. Doakan perkahwinan ini juga hingga jannah, Insha Allah. Portal yang selamat kerana tidak mendedahkan maklumat peribadi sehingga tuan empunya akaun sendiri bersetuju berbuat demikian. Terima Kasih sekali lagi.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh