Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Amin & Amalina

Saya menyertai laman Tilljannah ni dah lama, cuma daftar akaun premium pada awal tahun 2019. Masa tu saya hampir putus asa soal jodoh. Kalau ada, adalah..tak ada tak apa macam tu. Tapi saya cuba untuk positifkan diri dan cuba lagi buat kali terakhir di portal ini. Niat saya cuma satu berkahwin kerana Allah. Saya taknak bercinta terlalu lama / couple seperti pasangan lain. Harapan saya agar dapat mencari teman hidup di dunia dan akhirat. Ya, jodoh tak datang bergolek. Jadi saya teruskan usaha melalui portal ini.

Tarikh mula perkenalan kami di Tilljannah.my ialah pada 30.1.2019. Suami saya Mohd Amin, yang memulakan salam. Bertanya nama, tinggal mana dan serba sedikit biodata. Dan matlamat kami sama, sama-sama serius ingin mendirikan masjid, bukan sekadar suka-suka sahaja. Kami berkenalan di portal tak lama dan mulai contact melalui Whatsapp untuk memudahkan urusan. Genap sebulan, pada 1.3 2019 saya mempelawa dia untuk datang makan dirumah sekaligus bertemu dengan kedua orang tua saya. Ini kali pertama kami bersua muka. Setelah beristikharah, saya dan keluarga berasa tenang dan senang dengannya.

Pada 7.6.2019 (hari raya ke-3) kami telah mengikat tali pertunangan. Dalam tempoh bertunang ni lah saya lebih banyak berhubung dengan bakal mertua berkenaan persiapan perkahwinan. Alhamdulillah, pada 13.8.2019 (raya haji hari ke-3) saya sah menjadi isteri kepada Mohd Amin. Semua proses sangat cepat dan berjalan lancar. Dan inshaAllah, hujung tahun 2020 ini kami akan menimang cahaya mata yang pertama.

Perkenalan kami singkat, tapi apa yang penting ialah hubungan yang halal selepas berkahwin. Kita takkan kenal dia sebetulnya selagi belum berkahwin. Saya terima dia seperti mana dia terima saya seadaanya. Susah atau senang kami harungi bersama. Restu orang tua sangat penting. Alhamdulillah keluarga mertua sangat baik dan menerima saya seadaaya. Bila dah benar jodoh semua urusan dipermudahkan.

Sedikit tips, sebaiknya kita sudah ada wang simpanan dan tarikh nikah walaupun masih tiada calon atau calon masih samar-samar. Macam saya saya target kahwin bulan 11, 2019. Tapi jodoh datang lebih awal. Terima kasih Tilljannah.my kerana menjadi perantara hubungan kami.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh