Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Hani & Fadil
Saya Hani Mohamed (bukan nama sebenar) masa bulan Mei 2017 pertama kali menyertai tilljannah.my sebagai jalan terakhir dengan niat untuk mencari jodoh buat diri sendiri sebelum saya mengerjakan umrah pada November 2017. Harapan saya ketika itu sangatlah tinggi agar dapat bertemu jodoh di portal ini. Masa tu ramai juga calon yang cuba berkenalan dgn saya. Sehinggalah saya membuat keputusan untuk tidak terus lagi menggunakan portal ini, seakan putus asa juga la. Akan tetapi ada 3,4 orang calon yang shortlisted dapat berhubung dengan saya melalui cara lain selepas daripada itu. Bermulalah berkenalan dengan lebih lagi melalui telegram & facebook . Dalam ramai-ramai calon tu, Fadil yang paling awal ingin berjumpa dengan saya.
Pada 29/6/2017 , dia menyatakan hasrat untuk bertemu dengan saya. Kebetulan masa tu baru seminggu hari raya aidilfitri, saya mengajak datang beraya dirumah keluarga saya. Dia datang seorang diri. Share location pun guna mesengger kat Facebook. Balik daripada datang beraya ni baru saya mula start berhubung whatsapp dengan dia, sedangkan lama dah dia bagi no handphone. Selepas daripada tu kami mulai berkenalan dengan lebih rapat lagi.
Pada 8/7/2017 dia datang berjumpa mak & wali (abg sulung) saya seorang diri menyatakan hasrat untuk menghantar rombongan merisik & meminang. Keluarga mertua pun saya mula berjumpa ketika hari pertunangan kami. Pada 12/11/2017 kami bertunang, dan seterusnya 22/7/2018 kami bernikah. Alhamdulillah. segala urusan dipermudahkan oleh Nya.
Sekian.
Terima Kasih.