Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Izzat & Shazwani

Saya memang nekad untuk mencari pasangan hidup di usia 29 tahun pada 2017. Saya cuba untuk menggunakan platform till jannah kerana saya agak pemalu. Lepas saya join portal ini, saya ada mengirim salam kepada beberapa calon sampai la kepada calon ketiga iaitu suami saya sekarang. Alhamdulillah pada Jan 2017, kami mula menghantar pesanan melalui portal till jannah dan terus berhubung melalui aplikasi whatsapp. Selama lebih kurang 2 bulan, kami buat keputusan untuk bertemu buat pertama kali.

Selepas itu, pada bulan Mei 2017, dia ingin serius dengan saya dan ingin menemui keluarga saya. Alhamdulillah. Selepas itu, saya pula berjumpa dengan keluarga dia. Memang segalanya dipermudahkan alhamdulillah sangat-sangat. Famili dia juga datang ke rumah saya untuk berkenalan dengan mak ayah saya. Kami membuat keputusan untuk bertunang pada September 2017. Alhamdulillah semua dipermudahkan sekali lagi. Dan seterusnya alhamdulillah, pada tanggal 14 April 2018, saya dan suami selamat diijabkabulkan alhamdulillah. Alhamdulillah, buat masa sekarang ini, kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yg bernama Muhammad Ilman Naufal berumur 1 tahun 6 bulan. Syukur alhamdulillah dipermudahkan ❤️
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh