Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nadzif & Huda

Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Huda, berumur 25tahun dan suami Muhammad Nadzif. Kami berkenalan di laman portal Till Jannah ni pada tahun 2016. Saya mengetahui tentang portal ini melalui sahabat saya dimana dia menunjukkan satu iklan bergambar mencari jodoh. Pada awalnya kami hanya suka-suka untuk mencari jodoh di usia muda sehingga dia menjumpai iklan tersebut. Tambahan pula saya tidak berapa tahu mengenai mencari jodoh di portal sebegini, jadi saya mengambil keputusan untuk explore sendiri bagaimana portal ini berfungsi. Niat asal sekadar ingin tahu, tapi ramai pula yang inbox saya selepas saya mendaftar masuk. Ketika itu suami saya antara yang tak putus-putus memberi salam.

Kami berkenalan bulan oktober 2016, bertunang bulan 3 2017, Alhamdulillah kami mendirikan rumahtangga pada 13 April 2018. Dan kini kami mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia setahun 6 bulan. Kami sangat bersyukur Allah permudahkan urusan jodoh kami yang kami sendiri tak sangka akan bertemu jodoh di portal sebegini. Saya sangat berterima kasih juga pada pihak portal Till Jannah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mendaftar disini. Lagi pula saya seorang yang langsung tak suka jika berkenalan dengan seseorang dan di ajak berjumpa dan sebagainya. Saya rasa portal ini lah salah satu tempat yang selamat untuk berkenalan dengan seseorang.

Akhir kata, saya berharap pihak Till Jannah akan dapat membantu lebih ramai lagi insan yang sedang mencari jodoh di luar sana. Pada anda yang masih belum bertemu pasangan, didoakan semoga dipermudahkan segalanya. Aamiin ❤
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh