Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nasrun & Farahiyah

Assalamualaikum, nama saya Nasrun dan pasangan hidup saya Farahiyah. Kami mula membuat akaun Tilljannah pada tahun 2017. Saya mengetahui tentang portal Tilljannah dalam bulan Mei selepas housemate saya beritahu dia sedang dalam proses berkenalan dengan seseorang dari portal ini. Kerana tertarik, saya mula membuat akaun itu juga. Dalam waktu seminggu, saya sudah bertegur sapa dengan bakal isteri saya ketika itu. Kami berkenalan dalam talian lebih kurang sebulan sebelum saya mengambil keputusan menziarahi beliau dan keluarganya seminggu selepas Raya Aidilfitri. Selepas itu, saya menyampaikan hasrat saya kepada ibu bapa saya dan menjelang Raya Aidiladha kami sudah pun bertunang dan mengikat tali pertunangan selama lebih kurang 6 bulan.

Alhamdulillah, pada 17 Mac 2018 kami telah sah bergelar suami isteri. Ibu bapa saya memang menggalakkan saya mencari calon sendiri dan tidak kisah yang kami berkenalan secara dalam talian. Syukur Alhamdulillah mereka setuju dan senang dengan calon pilihan saya. Saya mendoakan mereka di portal Tilljannah ini jangan berputus asa untuk mencari jodoh pasangan hidup masing-masing. Niat yang baik insyallah akan dimudahkan urusan oleh Allah swt.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh