Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Adam & Aisyah

Assalamualaikum saya Aisyah dn pasangan saya Adam. Saya sekarang masih lagi seorang pelajar dan suami bekerja sebagai driver lori/transport (logistik).

Pada usia yang semakin menginjak dewasa ini, saya mula untuk berkeinginan dalam mencari teman hidup. Sewaktu saya tingkatan 6 bermulalah detik perkenalan saya dengan seseorang, tetapi setelah beberapa tahun hubungan kami masih lagi tidak menunjukkan sebarang tanda serius serta kesungguhan dari pihak lelaki untuk berusaha menghalalkan saya. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi hubungan ini dan menyebabkan diri saya putus asa serta hilang keyakinan berkenalan dengan sesiapapun. Ini membuatkan diri saya takut untuk membuka hati dengan lelaki lain. Pada masa yang sama, saya seorang yang pemalu dengan lelaki dan menyebabkan saya susah untuk berkawan dengan mereka.

Alhamdulillah selepas sudah setahun perkara itu berlalu, saya memutuskan untuk membuka hati saya kepada lelaki lain. Sewaktu saya bermain Facebook, saya ternampak di posting Facebook saya dan melihat satu poster yang tertulis TillJannah.my. Mulalah detik saya untuk menekan pautan tersebut dan mengupload semua yang diperlukan oleh pihak TillJannah.my. Dengan melanggan hanya tiga bulan sahaja saya sudah boleh melihat calon yang terdapat di portal. Tetapi pada permulaan saya masih lagi tidak menjumpai calon yang sesuai sehinggalah saya melanggan premium kali ke-dua.

Percubaan premium kedua, Alhamdulillah ianya membuahkan hasil. Pada mulanya saya menerima mesej dari beberapa calon dan di waktu yang sama suami saya juga menghantar mesej. Tetapi lepas saya membalas mesej dari suami saya, saya terus berhenti membalas mesej calon lain. Kami meneruskan perkenalan selama satu hari di dalam TillJannah.my. Selepas itu, kami terus bertukar Facebook dan nombor telefon, dan meneruskan perkenalan di luar portal. Di sinilah perkenalan kami secara serius dan suami berhasrat untuk berjumpa dengan saya. Pada waktu ini saya jadi sangat tertarik dengan suami disebabkan dia menyatakan hasrat untuk lebih serius dengan saya dan ingin menjadikan saya isterinya. Oleh itu, ianya membuatkan saya terbuka hati dan terus terdetik ingin bernikah dengannya.

Dalam tempoh perkenalan kami selama sebulan, kami berhasrat untuk berjumpa dan tarikh perjumpaan kami pada hari Tahun Baru Cina. Disebabkan dia bekerja di KL, jadi pertemuan kami sangatlah terbatas. Saya pun meminta dia untuk berjumpa di rumah saya sambil berkenalan dengan ahli keluarga saya yang lain. Saya bersyukur sangat ahli keluarga saya dapat menerimanya dengan baik. Sewaktu pertemuan pertama kami di rumah, suami terus menyatakan hasrat nya untuk berkahwin dengan saya. Dalam tempoh perkenalan kami yang singkat ini, kami hanya berjumpa sebanyak 6 kali sahaja. Selepas itu, kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 13 April 2024 di bulan Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah dalam tempoh pertunangan kami tidak mempunyai masalah yang besar dan Allah permudahkan urusan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada 13 September 2024. Bagi cabaran yang dihadapi oleh saya sewaktu ini hanyalah sedikit masalah dari segi kewangan, kerana dalam tempoh perkenalan kami, saya baru lepas habis belajar. Oleh itu, ianya memberi sedikit cabaran untuk saya bekerja sebelum menunggu tibanya perkahwinan kami. Tetapi Alhamdulillah suami dan keluarga banyak membantu dalam menjayakan hari bahagia kami dan ramai ahli keluarga saya yang menaja keperluan bagi perkahwinan saya.

Bagi pasangan yang belum bertemu jodoh lagi, inilah platform yang sangat sesuai anda semua perlu sertai. Hal ini kerana, sesiapapun calon yang ingin mendaftar dalam TillJannah.my, pihak Admin akan menapis setiap calon. Jadi anda semua tidak perlu khuatir tentang calon yang terdapat di dalam ini.

Pesanan saya sebelum anda ingin mencari jodoh dalam TillJannah.my yang pertama ialah, niatkan dahulu dalam hati supaya serius untuk bernikah. Kedua, carilah pasangan yang tidak membawa kita terjerumus dalam kemaksiatan. Sebagai contoh, dalam tempoh perkenalan kita itu jika ada sesuatu yang tidak baik yang mereka tunjukkan, maka berhentilah untuk berhubung dengan dia. Ketiga, carilah pasangan yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat supaya dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat dan dosa. Ke-empat, ambillah pendapat daripada orang tua atau yang lebih berpengalaman bagi membantu kita buat keputusan. Akhir sekali ialah kita perlu perbanyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya kita tidak lupa bahawasanya Allah menemukan kita dengan sesiapapun pasti ada hikmah di sebalik perkenalan tersebut.

Dengan kisah saya ini, saya harap dapat menjadi pedoman kepada pasangan yang ingin mencari pasangan. Saya juga ingin berterima kasih kepada TillJannah.my dalam menubuhkan satu aplikasi mobil yang sangat membantu ramai pihak di luar sana termasuklah saya sendiri. Semoga TillJannah.my dapat maju jaya dan membantu ramai lagi pasangan yang lain. InsyaAllah amin.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh