Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Azwan & Amira

Assalamualaikum pada admin. Di sini saya ingin berkongsi kisah saya bertemu jodoh di portal TillJannah.my ini.

Salam kenal daripada kami Amira dan Azwan.
Sebelum ini, saya ada berkenalan dengan ramai lelaki. Tetapi, semuanya hanya berkawan sahaja dan tidak serius. Saya beranikan diri untuk mencari jodoh di portal TillJannah.my ini sebab semuanya berlandaskan Islamik bukan aplikasi yang merepek dan buang masa. Lagipun, sudah sampai masa saya untuk berumah tangga. Jadi, apa salahnya untuk saya ikhtiar perkara yang baik ini.

Pertama kali menggunakan portal, banyak keluar pilihan seperti lelaki yang berkerjaya, pendidikan yang tinggi dari SPM sehingga ke Ijazah. Jadi, saya mencuba bermesej dengan calon-calon walaupun masih ada perasaan ragu-ragu dalam pemilihan untuk berkawan. Sehinggalah muncul seorang lelaki yang betul-betul serius bermesej tetapi dalam pada masa yang sama, saya macam malas ingin berkenalan terlalu beria atas sebab-sebab tertentu.

Berbaki lagi 2 hari tamat tempoh premium, saya mencari semula lelaki yang paling lama saya bermesej ketika itu sebab saya ingin bertukar nombor telefon. Kebetulan waktu itu, terdetik ingin bertukar nombor telefon dan meneruskan mesej di aplikasi WhatsApp. Ketika itu juga, saya terus mesej admin untuk tutup akaun portal sebab saya berasa yakin untuk bertaaruf di aplikasi WhatsApp.

Pada tarikh 1 Oktober 2023, kami mula berkenalan dengan perlahan-lahan ke arah yang lebih serius. Pada tarikh 15 Oktober 2023, kami dipertemukan kedua-dua belah pihak di rumah saya. Pertama kalinya bertemu bertentangan mata bersama keluarga masing-masing. Untuk langkah yang seterusnya, perancangan yang kami lakukan perlahan-lahan dengan membuat persiapan untuk majlis kami.

Tarikh 13 April 2024 menjadi pilihan kami serta kedua-dua orang tua kami untuk akad nikah pada 4 Syawal. Selepas itu, bermulalah pelbagai cabaran dan dugaan dalam melakukan persiapan majlis kami. Tinggal menghitung hari dan bulan untuk sampai ke tarikh bermakna saya dan pasangan.

Pesanan yang ingin saya sampaikan kepada mereka yang belum menemui calon jodoh. Silalah sertai portal TillJannah.my ini. Kenapa? Sebab laman ini mempunyai tapisan yang selamat untuk berkenalan tanpa merasakan keraguan dalam sesi berkenalan itu. Jangan risau untuk berkenalan di portal ini kerana selamat digunakan untuk kesemua calon-calon jodoh.

Jadi, ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk mencari calon-calon jodoh. Kenapa? Sebab sudah ramai yang telah pun mendirikan rumah tangga dengan bantuan daripada pihak TillJannah.my ini sendiri tanpa sebarang masalah dari pihak sesiapa pun.

Sekian sedikit perkongsian sesi Taaruf saya dan pasangan untuk TillJannah.my.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh