Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Nazar & Asma

Assalamualaikum,

Saya Nazar Amir. Bekerja sebagai seorang penulis dan grafik designer di sebuah syarikat swasta di barat tanah air Malaysia. Si isteri yang dicintai pula, Siti Asma', seorang pegawai kewangan, juga di barat semenanjung. Ceritanya bermula begini:-

Satu petang, saya memasang aplikasi TillJannah di handphone Xiaome saya ketika itu, 2 tahun yang lepas. Selesai ambil pakej paling murah masa tu, untuk 2 minggu, saya terus cari calon, mestilah yang cantik-cantik kan.

Saya tak la hensem, tapi calon isteri saya ni calon first la yang saya dekati. Terus lekat, kahwin dah pun. Yahoo.

Bagaimana saya join Till Jannah? Desakan hidup mungkin. Taklah, saya memang nak cari pasangan, tapi lambakan platform cari pasangan yang lain lebih mengetengahkan gaya barat, berbanding TillJannah.my yang lebih Islamik, maklumlah kita nak cari wife, isteri seumur hidup.

Malam tu, lepas maghrib, alhamdulillah lepas swipe atas ke bawah, jumpalah calon yang berkenan. Manis air muka, lembut ayu rona wajah. Terus saya DM, kalau tak lambat nanti terlepas la saya adoi.

Ting! Telefon mudah alih saya berbunyi, saya tengok notifikasi dari si dia, berdetak kencang dag dig dug, terus buka chat dengan bakal wife (masa tu tak tau la dia suka ke tak, takut kesian, huhu).

3 hari kami berkenalan, saya tekad meminta akaun pesbuk dan instagram beliau. Bukan apa, nak kenal lagi dalam, barulah minta no telefon.

Alhamdulillah lepas 5 bulan kami kenal, kami bertunang. Terus bincang nak nikah bila.

Kenapa anda kena cuba TillJannah? Kita tak tahu jodoh itu datang dalam cara yang bagaimana. Kadang dia dekat, kadang jauh jugak. Joinlah TillJannah, mana tahu jodoh anda di situ. Kita yang merancang, Allah tahu lama dah.

Buat anda di TillJannah yang belum bertemu pasangan, jangan putus asa. Swipe atas dan bawah sampai ketemu. Yang lelaki, janganlah gelojoh nak nombor si dia. Cuba slow talk dulu, kenal-kenal kat instagram atau pesbuk ke, barula ke peringkat seterusnya. Mungkin satu hari, mungkin sebulan. Siapa tahu. Tapi kita jangan putus asa. Jodoh pasti ada. Yang penting kena realistik dan jelas apa kemahuan masing-masing. Penting juga isi poket kita tu. Berbelanjalah dengan berhemah bila tiba hari perkahwinan. Kita yang nak kahwin, bukan netizen.

22.1.2023 tarikh keramat kami disatukan di bumi Pahang. Alhamdulillah, thank you Allah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh