Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Azmin & Afiqah
Assalamualaikum...Alhamdulillah kami kini telah sah menjadi suami isteri.
Kami mula berkenalan di portal tilljannah pada hujung Mac 2020. Masa tu saya mesej isteri saya untuk berkenalan.
Pada mulanya, isteri saya meminta saya untuk berjumpa dengan abangnya terlebih dahulu untuk berkenalan sebab masa tu masih dalam tempoh PKP . Selepas tamat PKP pada bulan 6 dan dapat kebenaran merentas negeri, saya ke Kelantan untuk berjumpa dengan keluarga isteri.
Selepas berbincang dan kedua dua belah keluarga bersetuju, kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 18/07/2020.
Alhamdulillah selepas hampir 5bulan bertunang, kami bernikah pada 11/12/2020 . Akad nikah dan majlis diadakan secara sederhana kerana masih dalam tempoh PKPB.
Terima kasih kepada TillJannah atas kewujudan platform yang membantu pertemuan jodoh kami. Semoga TillJannah dapat membantu ramai lagi pasangan bertemu lain untuk bertemu jodoh.