Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Hafis & Sarah

Assalamualaikum semua..nama saya Hafis..alhamdulillah dan terima kasih kepada tilljannah kerana telah membuka jalan taaruf antara saya dan isteri saya..seterusnya telah membawa kepada terlafaznya akad nikah dari saya keatas empunya nama Siti Sarah.

Kami mula berkenalan di tilljannah pada 18.10.2019 dengan salam perkenalan dimulakan oleh saya..
alhamdulillah mendapat respon positif dari dia..pada awal perkenalan dia adalah seorang yang tegas dalam berbicara..pernah jugak dia mengesyaki saya adalah seorang scammer..masa tu saya merasakan seperti dalam sesi temuduga kerana hanya dia yang bertanyakan soalan..setiap persoalan dia saya jawab dengan tenang dan meyakinkan..setelah hampir 2 minggu, berkat kesabaran dan hujah yang meyakinkan dari saya, saya berjaya mengubah ketegasan dia menjadi sesuatu yang lebih santai dalam berbicara..

Selepas lebih kurang sebulan kami berkenalan, kami telah berjumpa buat kali pertama di kedai mamak sahaja tanpa membelakangi batas pergaulan..tujuannya adalah untuk memuktamadkan isi hati kami..alhamdulillah setelah berjumpa, hati kami masih teguh berpendirian untuk meneruskan taarufan ini..kedua orang tua kami juga memudahkan urusan kami dengan merestui kami tanpa sebarang karenah birokrasi..

Walaupun kedua belah pihak telah bersetuju, taarufan ini masih mengikut adat dengan dimulai dengan merisik pada 5.1.2020 dan seterusnya ikatan pertunangan pada 26.1.2020..dan akhirnya pada 3.7.2020 kami telah di ijabkabulkan dalam suasana norma baru PKP..alhamdulillah sekarang ni isteri telah disahkan hamil 2 bulan lebih..

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih sekali lagi pada pihak tilljannah kerana menyediakan platform seperti ini..asbab adanya tilljannah ni saya telah bertemu dengan jodoh saya..kepada yang masih mencari, teruskan usaha anda..mungkin jodoh anda ada di dalam tilljannah ni...mudah-mudahan dipertemukan apa yang dicari..Amiin..
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh