Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Hakim & Amera
Isteri saya bernama Nur Amera . Kami bernikah tahun lepas pada 15 Mac 2019.
Saya mula mengenali portal Tilljannah.my apabila ada seorang artis muslimah yang kerap kali mempromosikan iklan laman web Tilljannah.my. Lama kelamaan saya terbuka hati untuk mendaftar kerana memikirkan usia yang semakin meningkat, dan mak ayah juga sering bertanya bila saya mahu bernikah.
Saya yang mula mesej beliau (isteri) di portal dengan memberi salam. Beliau merupakan orang pertama yang membalas mesej saya dan selepas itu ada lagi wanita-wanita membalas, tapi saya tidak respon kerana mahu fokus pada beliau. Selama tiga hari kami saling bersoal jawab di portal kemudian saya terus meminta nombor telefonnya. Kami teruskan sesi suai kenal di aplikasi Whatsapp. Pada 28 Disember 2017 kami berkenalan, dan 1 Januari 2018 saya membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan beliau kerana saya tidak berjaya untuk mendapatkan gambarnya. Setelah beberapa bulan mengenali, saya minta izinya untuk berjumpa dengan ibu bapa serta ahli keluarganya. Ketika itu, isteri saya masih lagi bergelar seorang pelajar, dan ketika beliau pulang ke kampung nya, sekali lagi saya meminta izin untuk membawanya ke rumah untuk berjumpa dengan mak dan ayah saya pula. Hubungan kami mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak, Alhamdulillah pada 9 Jun 2018 keluarga saya datang ke rumah beliau untuk merisik. Tarikh tunang kami ditetapkan oleh keluarga pada 24 November 2018. Kami mengikat tali pertunangan tidak terlalu lama, dan sepanjang tempoh berkenalan dan bertunang, kami hanya berkomunikasi jika ada perkara penting yang ingin dibincangkan sahaja. Alhamdulillah, pada 15 Mac 2019 kami selamat di ijab qabul. Kini usia pernikahan kami baru saja memasuki 1 tahun 6 bulan dan InsyaAllah pada bulan ini (September 2020) kami akan menerima cahaya mata yang pertama.
Alhamdulillah, asbab perkenalan di portal Tilljannah.my kami disatukan dan kerana saling menjaga ketika dalam proses perkenalan, akhirnya kami dapat merasai nikmatnya bercinta selesa bernikah. Terima kasih Tilljannah.my, semoga platform ini berjaya menyatukan lebih ramai lagi pasangan. InsyaAllah.