Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Azlan & Syahirah
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana telah mempertemukan saya jodoh di Tilljannah. Saya menyertai Portal Tilljannah pada pertengahan bulan 8 2019, dan mula berhubung dengan suami pada 31 Ogos 2019. Beliau juga pada ketika itu baru sahaja menyertai portal Tilljannah. Kami berkomunikasi dan saya jatuh hati dengan jawapan yang diberikan ketika saya tanyakan kriteria jodoh yang dicarinya. Jawapannya ringkas, 'Jodoh itu cerminan diri, kita akan berjumpa dengan jodoh yang seakan dan saling tak tumpah dengan diri kita'
Usai sebulan perkenalan, suami saya minta bertemu dengan ibu bapa saya, bulan yang seterusnya beliau membawa ibu bapanya ke rumah berkenalan dengan ibu bapa saya. Tarikh pertunangan pun ditetapkan. Kami selamat bertunang pada bulan Disember 2019.
Sungguh tak sangka tapi beginilah perancangan Allah yang cukup cantik dan sangat dipermudahkan setiap satu urusan. Alhamdulillah tujuh bulan mengikat tali pertunangan, 25 Julai 2020 yang lepas kami selamat dinikahkan.
Terima kasih banyak TillJannah kerana menjadi jambatan perhubungan kami. Semoga perkenalan kami bertemu di Portal Tilljannah maka perkahwinan kami juga akan berkekalan hingga ke jannah juga. InsyaAllah aamin ya rabbal alamin ♥️
Semoga orang orang yang masih mencari pasangan di luar sana dapat bertemu pasangan masing masing InsyaAllah tak kira lah dalam medium apa sekali pun.