Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Safiuddin & Zainab
Assalamualaikum admin Till Jannah,
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bertemu jodoh melalui portal ini. Pada bulan November 2018, saya telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menemani keluarga kakak saya menunaikan umrah buat kali yang pertama. Sebelum saya pergi ke bumi barakah ini, ibu telah berpesan supaya saya memperbanyakkan doa agar ditemukan dengan jodoh yang baik.
Saya berdoa sungguh-sunguh di sana, dan pada suatu ketika saya telah terlihat iklan mengenai portal Till Jannah di laman sesawang Facebook , saya kemudian telah menyertainya pada bulan Disember 2018 ketika saya masih lagi berada di Makkah. Alhamdulillah, dengan izin Allah melalui perantara Till Jannah saya telah bertemu dengan isteri saya sekarang.
Sebaik sahaja saya pulang dari tanah suci ,saya telah bertemu dengan keluarga pihak perempuan .Kami bertunang pada bulan Januari 2019 dan berkahwin pada 6 Julai 2019. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan perkahwinan kami walaupun dalam keadaan yang sederhana. Saya bersyukur dikurniakan keluarga kecil seperti sekarang.
Terima kasih Till Jannah.