Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Syafiq & Nabilah
Assalamualaikum,
Saya Syafiq Azwan dan isteri saya bernama Nabilah, telah bernikah pada 04 Jan 2020. Pada awalnya, saya menyertai TJ atas dorongan seorang kawan baik saya yang ingin membantu saya untuk menamatkan zaman bujang. Saya bersetuju untuk menyertai TJ tetapi tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk bertemu jodoh di TJ.
Cerita kami bermula pada 17 April 2019 apabila saya menerima satu mesej dari seorang pengguna TJ. Setelah beberapa hari berbalas mesej di TJ, saya memberanikan diri untuk meminta no telefon pengguna tersebut. Kami sambung proses taaruf kami di aplikasi whatsapp. Berbalas mesej setiap hari dan merancang untuk berjumpa buat pertama kalinya pada hari raya ke-6 tahun 2019. Kami berjumpa di Nu Sentral KL. Setelah berjumpa buat pertama kalinya, Nabilah bersetuju untuk berjumpa dengan Ibu saya. Seterusnya, giliran saya pula untuk berjumpa keluarga Nabilah. Semasa perjumpaan tersebut, pihak keluarga kami telah merancang untuk mengikat tali pertunangan kami. Kami bertunang pada 25 Ogos 2019. Bertunang selama 4 bulan dan seterusnya bernikah pada 4Jan2020. Kami berkenalan selama 4 bulan dan bertunang selama 4 bulan sebelum kami sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah segala urusan kami tidak mengambil masa yang terlalu lama dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Terima kasih kepada Admin yang membangunkan platform seperti TJ yang sangat membantu saya yang tidak pandai bersosial. Kepada yang belum bertemu jodoh, jangan ragu-ragu untuk menyertai TJ kerana ia merupakan suatu ikhtiar dan boleh menjadi asbab untuk bertemu jodoh InsyaAllah.
Sekian.
Terima kasih