Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Faiz & Nadia
My Love story TillJannah
Cinta itu misteri & susah untuk dijelaskan. Saya (Raihana) dan suami (Faiz) bertemu di TillJannah pada 27 Feb 2018. Saya seorang yang susah untuk berkawan dengan lelaki tanpa ada urusan kerja. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mendaftarkan diri di portal TillJannah atas faktor menunaikan hajat arwah ibu yang mahukan saya berkahwin awal. Sebelum mengenali Faiz, ada beberapa calon lain ingin berkenalan di portal ini tetapi kami hanya berkenalan dalam 2-3 hari sahaja kerana soalan yang saya tujukan pada calon tidak memuaskan hati saya.
Menurut Faiz, dia juga dalam situasi yang sama ketika menggunakan portal ini. Tetapi apabila mengenali suami, cara pemikiran dia yang matang & jawapan kepada soalan yang saya berikan berkenaan perkahwinan dan sebagainya adalah sangat berbeza dari calon yang lain. Perkara tersebut telah membuatkan saya terbuka hati untuk lebih kenal rapat dengan Faiz.
Kami banyak bermesej antara satu sama lain & cuba mengenal hati budi serta minat masing-masing dalam kehidupan kami disamping menjadi lebih rapat walaupun pada saat itu kami berniat untuk berkawan dahulu. Setelah 1bulan berkenalan, Faiz berniat untuk perkenalkan diri pada keluarga disamping mendapatkan izin daripada ayah saya untuk kenal saya lebih rapat pada hari raya Haji tahun tersebut.
Pada 23 Jun 2018, Faiz telah datang ke rumah keluarga saya bersama adik bongsunya. Pada hari tersebut, ia merupakan kali pertama kami bersua muka serta bercakap dengan satu sama lain. Tanpa saya duga, ayah saya telah bertanya tentang perhubungan kami kepada Faiz kerana ayah saya tahu saya seorang yang pemalu dengan lelaki & tidak pernah menjemput mana-mana kawan lelaki datang ke rumah. Faiz mula menyampaikan hajatnya untuk merisik & bertunang tanpa pengetahuan saya. Mak Faiz telah memberi izin untuk menyampaikan hajat tersebut. Pada waktu tersebut juga ayah saya menganggap Faiz telah datang merisik & terus merancang untuk tentukan hari bertunang.
Pada 25 Ogos 2018, kami telah melangsungkan pertunangan. Malahan, hari tersebut juga kali ke-2 saya bertemu dengan Faiz serta kali pertama bertemu keluarga Faiz. Pihak keluarga kami berdua bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan pada Disember 2019. Sepanjang tempoh pertunangan kami, pelbagai dugaan yang berlaku. Gaduh, tiada persefahaman, sakit hati, ujian kewangan serta penyesalan semua muncul sepanjang pertunangan hinggakan saya rasa ingin putuskan pertunangan.
Walaubagaimanapun, personaliti Faiz yang sangat sabar serta lembut hati orangnya membuatkan saya batalkan niat untuk memutuskan pertunangan. Alhamdulillah. Setelah 1 tahun lebih bertunang, kami berdua berjaya lalui cabaran bertunang & telah diijab kabul pada 13 Disember 2019. Cabaran, ujian & dugaan yang berlaku sepanjang pertunangan mengajar kami berdua untuk jadi lebih matang & lebih mengenali kelemahan diri masing-masing serta menyedari kelebihan yang dimiliki pasangan.
Perjalanan hidup kami masih panjang & kami akan cuba menjadi lebih matang serta lebih mencintai satu sama lain dari hari ke hari dalam menempuh perkahwinan kami TillJannah. Rezeki kami berdua bertemu jodoh adalah di TillJannah. Semoga calon-calon yang lain juga diberikan rezeki bertemu jodoh yang baik-baik di sini. Yang penting dapatkan restu dari kedua-dua belah keluarga kerana kebahagiaan rumahtangga adalah dari doa serta restu ibu bapa kita. Doakan kami dimurahkan rezeki zuriat & dipermudahkan perjalanan hidup kami di masa akan datang.