Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Nawawi & Afiqah
Assalamualaikum,
Ini testimoni dari pihak saya & pasangan.
Testimoni Isteri:
Kebetulan saya baru putus hubungan dengan bekas teman lelaki. Saya fokus kerja untuk ubati hati saya. Saya mula join cari jodoh dalam portal Tilljannah.my selepas melihat iklan di laman sosial. Masa tu, saya nekad betulkan niat
1. cari pasangan kerana Allah
2. nak bina 'masjid' kerana Allah
3. nak cari redha Allah dalam hubungan yang diberkati
dalam ramai-ramai calon yang hubungi saya, ada seorang je (suami saya sekarang) yang cakap direct memang serius nak jadikan saya sebagai pasangan hidup sekiranya saya sudi. Masa tu kami bertukar-tukar mesej melalui aplikasi Whatsapp. Saya tak bertangguh lagi. Terus tetapkan hati saya untuk kenal hati budi suami secara mendalam. Alhamdulillah. 10 bulan kami berkawan, pada Disember 2017 kami mengikat tali pertunangan dan pada Ogos 2018 kami secara sah bergelar suami isteri. Saya berterima kasih sangat kepada ibu abah saya. Terima kehadiran suami, restui hubungan kami, layan suami dengan baik, sibuk uruskan persiapan majlis, hadiahkan kami macam-macam.
Alhamdulillah, kami baru sahaja meraikan Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-2 pada Ogos 2020 baru-baru ini. Anak pun dah 1tahun 4bulan.
Syukur, Allah pertemukan saya dengan suami melalui Tilljannah.my .
Testimoni Suami:
Saya dari zaman sekolah sampailah dah bekerja memang tiada kawan perempuan. Saya tak pernah terfikir nak ada sebarang komitmen berkenaan hubungan. Sampailah ada satu hari tu, adik-adik perempuan saya cadangkan suruh join Tilljannah.my untuk cuba cari calon isteri. Disebabkan oleh saya bekerja sendiri, saya selalu terikat dengan masa dan jadual yang padat. Saya malas nak fikir panjang dan malas nak cuba berkenalan dengan ramai calon dalam satu-satu masa.
Saya redah saja cuba berkenalan dengan isteri saya sekarang. Saya nekad, kalau isteri saya sudi dan setuju maka saya akan fokus pada dia sahaja.
Alhamdulillah, hubungan kami menjadi. Keluarga masing-masing pun saling menerima kami dengan baik. Februari 2017 kami mula berkawan, Disember 2017 kami ditunangkan dan Ogos 2018 kami selamat mendirikan rumahtangga.
Alhamdulillah juga kami baru sahaja menyambut usia perkahwinan yang ke-2 pada Ogos 2020 baru-baru ini.
Terima kasih Tilljannah.my kerana telah mempertemukan saya dengan isteri.