Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Amin & Aliah

Kisah Amin & Aliah

"This is a beautiful testament to how Allah unites two hearts, once strangers and separated by 8,000 kilometers, into one. Love knows no boundaries and is a divine gift that bridges any distance."

Ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa hebat jodoh dan ketentuan Allah.

Jodoh Itu Rahsia Allah, Usaha Itu Tanggungjawab Kita

Muhammad Aminurllah Bin Jamaluddin, seorang Business Development Manager, dan Nurul Aliah Binti Mohd Asarani, seorang Doktor Perubatan, berasal dari dua dunia yang berbeza.

Kesibukan dalam bidang masing-masing menjadikan mereka sukar untuk bertemu pasangan secara konvensional. Namun, takdir Allah menemukan mereka di platform mencari jodoh, Tilljannah.

Ikhtiar di Tengah Kesibukan

Aminurllah, seorang lelaki yang serius dalam mencari pasangan hidup, sering kali kecewa apabila bertemu dengan individu yang masih ragu-ragu dalam membina rumah tangga. Dengan kesibukan kerja yang menuntutnya untuk sentiasa travel, dia yakin bahawa Tilljannah adalah tempat yang sesuai kerana hanya mereka yang benar-benar serius akan berada di platform ini.

Aliah pula, tidak pernah bercinta sebelum ini. Sibuk mengejar impian sebagai seorang doktor pakar di New Zealand, dia melihat Tilljannah sebagai usaha terakhir. Andai tiada jodoh yang ditemui, dia sudah bersedia untuk melupakan soal cinta dan sepenuhnya fokus kepada kerjaya.

Namun, Allah sebaik-baik perancang. Di hujung tempoh sebelum Aliah menutup akaunnya, sebuah mesej dari seorang lelaki bernama Aminurllah mengubah segalanya.

Perkenalan Singkat, Keputusan Besar

Perbualan mereka berlangsung dengan pantas tetapi penuh keseriusan. Walaupun terpisah sejauh 8,000KM, kedua-duanya sepakat untuk bertemu secara virtual bagi mengenali antara satu sama lain.

Demi menjaga batas dan keberkatan perkenalan ini, sesi pertemuan pertama mereka dipantau oleh rakan karib dan seorang senior yang dipercayai oleh Aliah, seseorang yang telah lama bersamanya dalam komuniti usrah di New Zealand.

Dari Layar Skrin ke Pertemuan Hakiki

Hanya dalam tempoh dua bulan, Aliah pulang ke Malaysia atas urusan keluarga. Ini menjadi peluang pertama mereka untuk bertemu secara bersemuka. Bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi pertemuan ini bertujuan memastikan kedua-dua pihak benar-benar serius dan bukan sekadar hubungan sementara atau lebih teruk, “love scam” yang sedang hangat diperkatakan ketika itu.

Dalam minggu yang sama, Aminurllah bertemu dengan abang Aliah untuk membuktikan kesungguhannya. Langkah ini disusuli dengan pertemuan kedua-dua keluarga.

Keajaiban Jodoh: 2 Minggu Menjadi Tunangan

Keajaiban berlaku apabila dalam tempoh dua minggu sahaja, urusan mereka dipermudahkan Allah. Majlis pertunangan berlangsung sehari sebelum Aliah kembali ke New Zealand.

Segalanya seolah-olah telah diatur dengan begitu indah. Jarak, masa, dan perbezaan kehidupan bukan penghalang apabila jodoh telah ditentukan oleh Allah.

Percaya bahawa segala kemudahan yang Allah kurniakan dalam tempoh yang singkat ini merupakan rahmat dan rezeki dari Nya.

Dan akhirnya…

Tepat 7 bulan kemudian, pada tanggal 8 Februari 2025, dua hati yang sebelum ini tidak pernah bertemu atau mengenali antara satu sama lain, akhirnya bersatu dalam ikatan pernikahan.

Jodoh Itu Rahsia Allah, Usaha Itu Tanggungjawab Kita

Benarlah firman Allah:

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah).”
(QS. Az Zariyat: 49)

Kisah kami ini hanyalah satu daripada ribuan kisah bagaimana jodoh itu tetap ada bagi mereka yang berusaha. Jangan pernah berputus asa terhadap janji Allah.

Sementara kita mencari “Rahsia Tuhan”, kita perbaiki diri, luruskan niat, dan dekatkan diri kepada-Nya.

Tiada manusia yang sempurna, tetapi Allah akan menghadirkan seseorang yang mampu mengisi kekurangan kita, menjadikan hubungan itu sebuah kesempurnaan dalam ibadah.

Semoga Allah mengurniakan kami keberkatan dalam membina keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warrahmah.

Dan semoga kepada semua yang masih mencari, jodoh kalian juga akan ditemukan, Tilljannah.

InshaAllah
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh