Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Shafiq & Sofea

Assalamualaikum wbt

Di sini saya ingin berkongsi kisah pertemuan jodoh saya di portal TillJannah.my.

Salam perkenalan daripada kami, Shafiq dan Sofea. Sebelum ini, saya telah berkenalan dengan ramai perempuan, namun hubungan tersebut hanya berkawan dan tidak serius. Pernah satu ketika, saya mengenali seorang perempuan hampir dua tahun, namun hubungan tersebut tidak kesampaian kerana tiada restu dari pihak ibu bapanya atas sebab tertentu. Saat itu, saya hampir putus asa dalam mencari jodoh, tetapi ibu saya selalu memberikan semangat dan menasihati saya agar terus mencari dan bertawakal kepada Allah SWT.

Pada suatu hari, ibu saya terlihat iklan aplikasi TillJannah di Facebook. Beliau memperkenalkan aplikasi tersebut kepada saya. Dengan harapan yang baru, saya mencuba aplikasi itu dengan melanggan akaun premium. Saya mula bermesej dengan calon-calon yang ada, walaupun masih ada perasaan ragu-ragu dalam pemilihan untuk berkawan. Sehinggalah pada satu hari, saya tertarik pada seorang calon perempuan di aplikasi TillJannah. Saya cuba bermesej dengannya, tetapi calon tersebut tidak banyak berkata, mungkin kerana dia seorang yang pendiam.

Berbaki lagi satu hari tempoh premium saya, saya memberanikan diri untuk mesej calon tersebut dan menyatakan hasrat ingin berjumpa dengannya di rumah ibu bapanya. Saya mengajak ibu dan adik saya pergi ke rumahnya, kebetulan masa itu raya Aidilfitri. Kami berkenalan di rumahnya bersama ibu bapanya, dan saya menyatakan hasrat ingin melamarnya sebagai teman hidup saya.

Alhamdulillah, ibu bapanya setuju. Pada 13 November 2023, kami bertunang dan mengikat tali pertunangan selama enam bulan. Dalam tempoh tersebut, pelbagai dugaan dihadapi, bak kata orang tua, "jaga-jaga sudah jadi darah manis".

Tarikh 1 Mei 2024 menjadi pilihan kami serta kedua-dua orang tua kami untuk melangsungkan akad nikah pada 22 Syawal. Selepas itu, bermulalah pelbagai cabaran dan dugaan dalam melakukan persiapan majlis kami. Tinggal menghitung hari dan bulan untuk sampai ke tarikh bermakna saya dan pasangan.

Untuk anda yang masih ragu-ragu, saya ingin katakan bahawa setiap perjalanan mencari cinta memerlukan keberanian untuk mencuba. TillJannah.my adalah platform yang boleh anda percayai, yang bukan sahaja menghubungkan hati, tetapi juga memastikan proses yang berkat dan selari dengan syariat.

Jangan biarkan ketidakpastian menghalang anda daripada menemui jodoh yang terbaik. Daftarlah di TillJannah.my dan mulakan perjalanan anda ke arah cinta yang sejati dan diredhai Allah. Semoga anda juga akan menemui pasangan hidup yang akan bersama anda till jannah, seperti mana saya telah temui.

Sekian sedikit perkongsian sesi taaruf saya dan pasangan untuk TillJannah.my.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh