Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Safar & Azyyati
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin dan seluruh calon serta pasangan di TillJannah.my.
Saya Safar Azman bin Razemi dan pasangan saya Nor Azyyati Binti Rodzi telah diijabkabul kan pada tarikh 23/12/2022, bersamaan 28 JamadilAwal 1444H.
Saya bekerja sebagai "Foreman" di sebuah perusahaan yang bertempat di Pengerang, Johor. Manakala isteri saya yang berasal dari Yan, Kedah. Bekerja sebagai "cashier" dan pembantu kedai makan bapa saudaranya. Bagi saya jodoh adalah sebuah ikatan yang terjalin apabila dua hati dan perasaan memberi cinta dan kasih sayang antara satu sama lain.
Sebelum pertemuan kami yang pertama, saya selalu tertanya-tanya. Siapakah bakal jodoh saya? Dan
bagaimanakah rupanya? Cabaran saya mencari jodoh adalah diri saya sendiri. Kenapa begitu? Kerana saya seorang yang pemalu. Bila berselisihan atau berada dihadapan kaum wanita, saya mesti akan tunduk tersipu malu, apatah lagi berbicara mesra. Selain itu, saya pernah juga mengalami pengalaman ditinggalkan oleh bekas kekasih berulang kali sehingga membuatkan hati ini sukar untuk jatuh cinta lagi. Sampaikan satu saat, saya tidak ingin lagi percaya pada mana-mana wanita.
Negeri Johor sangatlah asing bagi saya kerana saya berasal dari PAHANG. Bagaimana saya mengenali pasangan saya? saya selalu menonton youtuber yang berpengaruh dari Kelantan iaitu Syahmi Sazli. Dalam membuat konten video pendek."Portal Cari Jodoh Muslim Malaysia TillJannah.my". Itulah kata-kata yang selalu didengari dalam video pendek beliau masa itu.
Apa yang dikatakan dalam video itu masih saya ingat dalam tajuk "Terlalu memilih pasangan" yang menyedarkan saya bahawa jodoh ini tak pernah cepat atau lambat walaupun sesaat. Dari itu saya mula terpikir kenapa tidak mencuba atau mencari tahu apa yang ada di Portal Cari Jodoh Muslim Malaysia TillJannah.my. Setelah dikaji selidik, saya sangat suka bahawa portal itu adalah tempat dimana kita mencari bakal pasangan yang kita inginkan. “Janganlah kita memilih yang sempurna kerana yang sempurna takkan ada tapi pilihlah yang sanggup selamanya bersama” (ayat dari video/konten).
Di awal percintaan kami di TillJannah.my, saya memberikan salam buat kali pertama. Dan salam itu sekadar satu usaha dan tawakal demi menanti sebuah hubungan yang betul-betul boleh menghadirkan rasa cinta dan kasih sayang. Bermulanya kisah kami pada tarikh 2 Januari 2021, masa itu saya melihat dia di portal itu dengan penuh pujian,
“Cantiknya si dia ini, agaknya dah berpunya ke belum?”. Harapan pertama membuak-buak supaya peluang pertama diberikan. Dan alhamdulillah ternyata peluang itu hadir dengan baik. Takutnya perasaan menerima gadis yang comel macam si dia (bisikan dalam hati) “aku ni padan ka dengan dia,boleh ka dia padan dengan aku”. Persoalan yang menjadi tanda tanya! Kononnya dah dapat peluang, baru nak terpikir waktu bagi salam tak terpikir pun hahahaha. Saya sangat gembira dan bersyukur waktu itu kerana dia membuka peluang kepada saya dan ingin mengenali diri saya dengan lebih dekat. Bertempat di Yan, Kedah dengan jarak 815km yang memisahkan saya dan dia.
"LDR" masa itu saya langsung tidak tahu menahu apa maksud "LDR". Tapi setelah mengenali dia dari situlah saya faham bahawa kami sedang "LDR” (Long Distance Relationship). Setelah setahun berkenalan "online", kami berdua merasa hubungan kami makin hari makin baik. Dari situ saya membuat keputusan memberanikan diri menemui keluarga dia yang berada di Kedah.. Alhamdulillah, kedatangan saya disambut baik dan mesra oleh keluarganya. Sebaik pulang dari Kedah
saya terus menemui keluarga saya yang berada di Melaka, dimana seluruh ahli keluarga saya menetap di negeri Melaka berbincang untuk melanjutkan proses seterusnya.
Syukur ke atas Allah, ahli keluarga saya gembira mendengar berita baik itu dan bersetuju. Setelah perbincangan dan kata sepakat diperoleh oleh kedua-dua pihak, bertarikh 11/3/2022 kami mengambil keputusan untuk bertunang. Benarlah kata orang tua-tua dahulu yang ujian bertunang itu wujud. Banyak ujian yang datang semasa dalam tempoh 9 bulan pertunangan kami sehinggakan apabila dekatnya hari bahagia, saya telah diuji dengan pelbagai cerita-cerita sedih, saya dan adik telah kemalangan. Syukur alhamdulillah kami tidak mengalami apa-apa yang teruk. Syukur ke atas Allah segala urusan dipermudahkan dan majlis kami berjalan dengan sempurna pada tarikh 23/12/2022.
Pada calon-calon yang ada di dalam portal/aplikasi TillJannah.my teruskanlah usaha dan jangan mudah berputus asa dalam mencari jodoh. Percaya pada takdir jodoh itu tidak lambat. Cuma waktu yang tepat. Allah maha mengetahui. Sentiasa istiqomah dan betulkan niat kenapa dan tujuan kita sebenar-benarnya .Semoga urusan kita
semua dipermudahkan dan diredhai oleh Allah swt.
Untuk pihak admin TillJannah.my, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memperkenalkan kepada kami dengan kemudahan aplikasi serta Portal Cari Jodoh yang mana sangat memudahkan urusan kami. Walaupun jauh itu sekadar nombor bukan halangan jika itu rezeki kita.
Amin.