Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Kamarulzaman & Sopiah

Saya Kamarulzaman Bin Abd Karim bekerja di Timur Leste sebagai Account & Admin Manager. Duda tiada anak. Isteri saya Siti Sopiah Bt Abu Bakar bekerja dengan Tentera Laut Diraja Malaydia di Ministry of Defence Malaysia sebagai Leading pada ketika itu. Janda anak 2, lelaki dan perempuan.

Saya sekadar mencuba nasib di Tilljannah.my mana tahu ada jodoh di sini. Semasa memilih profile calon disini perkara pertama saya lihat dalam itu ialah anak. Wah! calon ada sepasang anak membuat saya teruja.

Kisah saya tidak sangat berbunga - bunga hanya perkenalan dan bertanya kisah anak dan niat. Bila dia telah bersetuju dia minta izin nak tengok komen anak dia. Dia tunjuk gambar saya ke anak dia dan anak dia setuju. Perkara itu membuatkan saya ambil cuti sebulan dan bercuti ke Malaysia berjumpa dia dan membuat janji temu bila dah ada kesepakatan terus saya berjumpa terus ibu bapanya di Penang dan terus mengambil kesepakatan untuk berumah tangga masa itu perbincangan antara ibu bapa dia, abang dia no2 dan saya. Kami terus set tarikh nikah. Alhamdulillah penerimaan anak-anak terbaik.

Perkenalan kami pada 28 May 2021, berjumpa pada 28 Desember 2021 dan kami nikah pada 28 Januari 2022. Pada ketika itu pernikahan dibatasi pandemik. Semua berjalan dengan sederhana sahaja dikalangan yang terdekat di Dewan Masjid Khalid Al-Muwalid ,Keramat Kuala Lumpur.

Pesanan saya jangan malu untuk mencuba di Tilljannah.my. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh