Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Shafiq & Fatin

Assalammualaikum,

Terima kasih kepada Tilljannah kerana menyediakan platform untuk saya dan suami bertemu. Saya Fatin bekerja sebagai kerani akaun manakala suami saya pula bernama Shafiq bertugas sebagai pemandu peribadi di Damansara.

Selepas saya menamatkan pengajian di sebuah universiti, saya pernah berkawan dengan serius terhadap seseorang tetapi memandangkan jodoh saya dengan dia tidak panjang saya membawa diri untuk melupakannya. Oleh itu, disebabkan kesibukan kerja, dan kurang kenalan lelaki menyebabkan saya ingin mencuba platform dengan mencari calon jodoh secara online . Kawan saya juga mencadangkan beberapa apps mencari jodoh walaupun platform yang berbeza tetapi konsepnya adalah sama dan platform Tilljannah.my adalah apps yang ke 5 selepas saya mencuba beberapa platform atau apps yang lain untuk mencari jodoh. Sama ada platform berbayar ataupun tidak berbayar bagi saya semua bergantung kepada soal jodoh dan usaha saya untuk mendapatkan calon yg terbaik dan dapat menerima saya seadanya.

Cabarannya bila kita ingin mengenali seseorang yang kita tidak pernah kenal latar belakang serta sifat perwatakan yang berbeza-beza , berbeza pendapat dan buah fikiran, menyebabkan kesukaran kita untuk ada keserasian antara satu sama lain. Walhal, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana bergantung kepada tahap keseriusan dan kematangan sesorang dalam mengendalikan sesuatu hubungan. Oleh itu, setelah saya mengenali suami, saya merasakan dia seorang yang serius dalam perhubungan, mudah dibawa berbincang dan mudah memahami keadaan dan situasi yang berlaku dan kami mula membina keserasian antara kami.

Walaupun banyak halangan dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi seperti suami kehilangan pekerjaan selepas covid dan tiada pekerjaan tetap tapi kami masih meneruskan perhubungan dan kami yakin dan berserah kepada Allah. Ketika kami bertunang memang tak dapat nafikan ujian untuk berumah tangga itu sangat mencabar. Antaranya, cabaran dari keluarga saya untuk menerima suami kerana tiada pekerjaan tetap pada masa itu menimbulkan keraguan pada pihak keluarga saya. Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran serta keyakinan kami terhadap takdir yang Allah tentukan akhirnya suami saya mendapat perkerjaan tetap serta dinaikkan gaji ketika tiga bulan sebelum kami berkahwin. Walaupun suami saya agak struggle untuk mencukupkan duit hantaran dan lain lain perbelanjan tapi kami yakin rezeki tu Allah permudahkan jika niat kita ikhlas dan betul.

Kami mulakan perkenalan melalui platform ini pada dua tahun yang lalu. Pada mulanya, suami yang menegur saya dengan memberi salam kepada saya dan kami mula berbalas mesej dan bertukar no telefon kemudian kami berjumpa dengan sama mahram untuk bertaaruf dan sehinggalah kami meneruskan perhubungan ke arah yang lebih serius apabila suami menghantar rombongan meminang pada 13hb Mac 2022 dan bertunang pada 26hb Jun 2022 kemudian bernikah pada 17hb Jun 2023. Alhamdulillah selesai majlis pihak perempuan, majlis pihak lelaki pada 15hb Julai 2023.

Saya ingin berpesan kepada semua calon yang ingin mencari jodoh agar bertaaruf dahulu dengan setiap pasangan atau kenalan sebelum ingin meneruskan hubungan ke arah perkahwinan. Setiap perkara yang baik Allah akan uji dengan masalah dan dugaan maka apa yang perlu ada dalam diri seseorang adalah doa dan sabar itu cukup untuk seseorang itu bertahan dalam perhubungan. Allah akan permudahkan jalan yang baik untuk kita jika niat dan hati ikhlas mencari keredhaan Allah swt.

Tips kepada calon yang masih belum mendapat jodoh dalam Tilljannah.my cuba buat solat istikharah serta solat hajat dan berdoa supaya ditemukan jodoh yang baik dan serasi. Semoga Allah permudahkan urusan jodoh kalian. Aaminnn YRA. Semoga dengan berkat doa dan kesabaran kalian mendapat jodoh yang terbaik yang kalian impikan.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh