Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Afifuddin & Zawani
Assalamualaikum semua,
Saya Afifuddin dan pasangan saya Zawani. Bagaimana saya mendapat tahu tentang TillJannah.my ini, melalui channel YouTube Syahmi Syazli. Dan pasangan saya melalui kakaknya yang meminta untuk menyertai platform TilJannah.my
Saya melihat ada air muka sholehah pada isteri saya yang menambat hati saya dan saya dalam ketika itu memang serius untuk menamatkan zaman bujang. Saya terus membuat akaun Ahli Premium untuk bermesej dengan bakal isteri saya ketika itu. Saya sampaikan kepada bakal isteri saya bahawa jika memang serius juga, tolong hubungi saya terus ke WhatsApp saya. Saya memberikan nombor saya ketika itu. Kemudian saya hanya berdoa dan tawakal. Selang beberapa hari, di pagi hari masuk notifikasi di telefon saya daripada si dia.
Kemudian kami memulakan perkenalan yang lebih dalam.
Selama perkenalan saya dan isteri, banyak cabaran kesukaran yang dihadapi. Saya hanya bertawakal kepada Allah dengan tidak putus-putus berdoa supaya menjadikan si dia yang terbaik untuk saya dari Allah. Antaranya kesukaran dalam mengenal hati budi masing-masing. Kerana kami masih baru dalam berkenalan. Masih dalam fasa belajar mengenali hati budi pasangan. Untuk proses perkenalan, saya memulakan langkah dengan berani perkenalkan diri kepada keluarga pasangan. Pada hari pertama saya terus mengutarakan niat terdalam saya kepada ibu bapa isteri.
Alhamdulillah, ibu bapa isteri juga memberikan sokongan dan dorongan yang baik begitu juga ibu saya. Perancangan kami tidak lah begitu mendadak kerana masing-masing mempunyai tugas yang perlu diselesaikan. Jadinya kami memerlukan waktu sekitar 2 tahun setengah untuk sampai ke jinjang pelamin.
Kronologi waktu dari kami berkenal sampai menikah seperti ini:
Berkenalan di Tilljannah.my : 24/09/2021
Bertunang : 22/10/2022
Nikah & Sanding : 25/08/2023
Pesanan saya untuk anda semua yang masih berusaha, jodoh tak datang bergolek tanpa usaha mencari. Usah menunggu jodoh, carilah jodoh. Tajdid/ perbaharui niat, “Mengapa aku di TillJannah.my ini?”. Adakah sungguh mencari pasangan? Atau mainan?
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada platform TillJannah.my kerana telah menjadi satu jambatan untuk saya bertemu dengan seorang bidadari yang sekarang sudah menjadi teman sehidup semati saya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TillJannah.my dalam menyediakan kemudahan “ikhtiar” untuk mempertemukan jodoh.