Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Khairul & Dinie
Assalamualaikum semua ,
Saya Dinie berkerja sebagai Pegawai Pemasaran dan suami Khairul bekerja sebagai Penyunting Video di sebuah syarikat kecantikan di malaysia . Alhamdulillah dan terima kasih sangat kepada pihak TillJannah.my kerana mencipta satu aplikasi yang dapat membantu orang ramai mencari jodoh serta mempertemukan jodoh. Iya betul , jodoh telah ditetap oleh Pencipta , tapi kita sebagai Hamba mestilah ikhtiar. Dari sesi perkenalan sehingga terlafaznya akad nikah yang sah dari Suami kepada saya. Dari Bismillah to Alhamdulillah . Insya Allah.
Saya dan suami hanya berkenalan selama 1 tahun 2 bulan. Masing-masing trauma dengan hubungan yang tergantung tak bertali. Saya menggunakan pakej premium yang 3 bulan , manakala suami menggunakan pakej yang 2 minggu/ 14 hari .
Banyak chat sapaan dari lelaki untuk sesi perkenalan , tapi hati hanya terdetik untuk membalas 2 orang calon sahaja. Calon first suami, kedua ada calon yang berusia 26 tahun, tetapi kemungkinan atas faktor usia atau tidak muncul keselesaan dengan beliau , maka saya meneruskan pengenalan dengan suami sahaja.
Perbualan dimulakan dengan suami yang memberi salam. Setelah dua ke tiga kali memberi salam , tiba-tiba terdetik ingin membalas mesej yang diberikan . Pada 27 November 2021 , bermulalah sesi perkenalan antara saya dengan suami. Memandangkan kami merupakan lepasan kolej vokasional, jadi pelbagai topik yang dikeluarkan oleh suami. Untuk perkenalan awal saya memang layan tak layan kerana masih trauma untuk kenal dengan lelaki. Kisah perkenalan yang tergantung masih bermain di fikiran , trauma untuk mempunyai pasangan masih tidak dapat dilupakan.
Pada 28 November 2021 , Si suami meminta username instagram kerana memandangkan akaun premium beliau ingin tamat tempoh. Beliau dua hari terakhir sebelum akaun tamat menemui saya , manakala saya baru dua hari menggunakan akaun premium dah merasa selesa kerana beliau merupakan best listener saya. Pada hari yang sama juga , beliau sering menghantar chat dm di ig personal saya. Dari situ saya berasa selesa dan ingin perkenalan ini merupakan pengenalan yang ke arah serius dan perkenalan yang terakhir.
Memandangkan saya berada di Cameron Highland manakala Suami berada di Kelantan. Suami seorang yang selalu menempah makanan di dalam aplikasi foodpanda untuk memastikan saya tidak lapar. Seminggu perkenalan , untuk ke arah yang lebih serius saya membuat panggilan video untuk bercakap dengan kedua ibu bapa suami . Semakin hari , semakin selesa dengan perkenalan.
Pada 2 Januari 2022 , suami meminta izin untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saya. Suami datang ke rumah dan membawa sebentuk cincin, tanda ingin hubungan yang lebih serius.
Pada 6 Mei 2022 , kami melangsungkan pertunangan yang turut dihadiri sanak saudara dan jiran-jiran berdekatan. Selepas bertunang , banyak ujian yang kami tempuhi , cuma kami ambil masa sekejap dan bila dah tenang slow talk dan cuba perbaiki kesilapan antara satu sama lain. Selepas bertunang, kita akan kenal sikap pasangan dengan lebih mendalam. Ketika ni, kita perlu lebih mematangkan hubungan.
Pada 30 Januari 2023 , kami berbincang untuk melakukan akad nikah di rumah saya. Majlis hanyalah sederhana kerana tarikh yang dipilih bukanlah tarikh cuti umum , tapi tarikh yang dipilih sempena hadiah dari Suami sebagai Hari Ulangtahun Kelahiranku.
Pada 3 Februari 2023, majlis bertandang diadakan oleh sebelah pihak lelaki. Alhamdulillah kami bersyukur kerana kedua-dua majlis berjalan dengan lancar. Insya Allah untuk majlis persandingan kami akan laksanakan dalam masa terdekat.
Untuk kawan-kawan yang diluar sana , usah ragu untuk mencari jodoh di platform Till Jannah. Andai tertulis jodoh anda , Allah akan permudahkan segala urusan. Kita perlu usaha , ikhtiar dan tawakal.
Akhir kata, terima kasih kepada pihak Till Jannah kerana menyediakan platform yang sangat-sangat membantu. Asbab adanya platform Till Jannah ni saya bertemu jodoh di usia 22 tahun.
Kepada yang masih mencari teruskan mencari , teruskan usaha anda. Mungkin jodoh anda ada di platform Till Jannah . Mudah-mudahan Allah permudahkan apa yang dicari. Aamiin.