Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Khalis & Madihah

Assalamualaikum ,

Nama saya Wan Nur Madihah Wan Harujan berkerja sebagai Pembantu Pengurusan Warehouse & pasangan saya Muhammad Khalis bin Mandrisan menjalankan perniagaan penternakan anak benih ikan. Kami telah selamat mendirikan rumah tangga pada 3 September 2022.

Dalam mencari jodoh pastinya ada dugaan & cabaran, apatah lagi bila saya pernah trauma dengan hubungan yang tidak serius walaupun setelah 7 tahun itu menyebabkan saya agak susah untuk percaya dengan lelaki.

Saya mula tahu berkaitan TillJannah.my melalui FB & ada kawan yang menyarankan supaya ikhtiar melalui ni. Pada 3 bulan pertama masih belum bertemu dengan pasangan yang tepat .

Sehinggalah tempoh langganan premium pada bulan ketiga tinggal hanya 3 hari untuk tamat. Pada tanggal 21 November 2020 mulanya saya ada rasa kecewa tapi pada masa sama Allah hadirkan pasangan saya ini . Bila berkenalan, dia pun baru pertama kali chat dengan perempuan melalui aplikasi tersebut. Sayalah wanita pertama yang dia setuju untuk teruskan chat.

Walaupun belum bertemu muka, tapi sudah dapat merasakan ada keselesaan untuk saya & dia teruskan perhubungan ini. Semasa berkenalan kami mempunyai minat yang sama & pasangan ada ciri-ciri lelaki yang saya cari.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun berkenalan. Saya bersetuju untuk bawa pasangan berjumpa dengan pihak keluarga. Mengikut perancangan, kami sepatutnya perlu diawalkan lagi, tetapi PKP dilaksanakan. Agak sukar untuk kami berjumpa memandangkan saya berada di Perak, suami berada di Kelantan & keluarga di Terengganu.
Walaupun dugaan begitu, kami bersyukur akhirnya Allah permudahkan segala urusan kami untuk menghalalkan perhubungan ini.

Khas untuk yang masih berusaha mencari pasangan, teruskan berusaha. InsyaAllah, niat yang murni satu hari nanti pasti Allah bantu makbulkan doa kita. Kita hanya perlu berdoa & berikhtiar, salah satunya ikhtiar melalui TillJannah.my. Jangan pernah putus asa, alhamdulillah di TillJannah.my kebanyakan peserta sangat baik. Hanya perlu cuba berkenalan & teruskan usaha. Semoga semuanya dipermudahkan & dipertemukan jodoh.

Doakan semoga rumah tangga yang kami bina ini bahagia & berkekalan sehingga ke jannah.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh