Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Azzarul & Farahanif

Assalamualaikum warga TJ. Semoga semuanya berada dalam lindungan rahmat Allah.

Salam perkenalan dari saya, nama saya Farah.
Saya ingin berkongsi sedikit kisah perkenalan saya dengan suami dalam Portal Cari Jodoh TJ ini.

Syukur, perkenalan kami dipermudahkan. Tempoh perkenalan saya dengan suami amatlah singkat. Dengan salam yg diberi oleh suami, saya terbuka hati untuk untuk membalas. Allah mudahkan kami, kami jumpa lepas dua hari kenal dalam TJ.

Suami dari Pahang dan saya dari Kelantan. Kebetulan atau takdir, saya pun tak tahu. Semuanya perancangan Allah. Suami kena kerja dalam Kelantan masa tu, dan dengan kebetulan tu jugalah kami ambil kesempatan untuk jumpa. 8/8/2021 kami start berkenalan. 12/8/2021 kami jumpa untuk kali pertama. 20/8/2021 jumpa untuk kali kedua sebelum suami balik ke Pahang semula. 29/10/2021 suami hantar rombongan merisik tanda dan hadiah sempena ulangtahun kelahiran saya.

Mulanya kami rancang untuk berkahwin Januari tahun 2022. Tapi disebabkan terlalu banyak dugaan yang kami terpaksa hadapi masa tu, keluarga belah suami bagi cadangan untuk percepatkan saja.

Dan alhamdulillah, 19/12/2021 kami telah selamat diakadkan. Sambung bercinta lepas nikah. Indahnya aturan Allah yang tak pernah kita tahu. Jodoh pertemuan semua dah ditentukan oleh Allah, cuma kita sebagai manusia perlu berusaha dan doa agar dikurniakan seorang suami yang boleh membimbing kita kelak.

Portal Cari Jodoh TJ ni amatlah berguna untuk sesiapa ingin mencari jodoh.

Saya doakan kepada sesiapa yang masih berusaha untuk mencari pasangan semoga dipermudahkan semua❤️
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh