Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Ashraf & Nazirah

Assalamualaikum wbt.

Nama saya Nazirah. Saya mula mendaftar portal Till Jannah pada Februari 2019 dan berkenalan dengan suami saya (Amirul) juga pada Februari 2019. Saya dan suami berbalas mesej di portal cuma 2 hari dan berkongsi no telefon untuk berkenalan lebih rapat. Kami berjumpa pertama kali dengan ditemani oleh adik saya pada hujung March 2019 dan setelah itu kami mengambil keputusan untuk lebih serius dalam hubungan kami.

Setelah berjumpa dengan keluarga masing-masing pada bulan Jun 2019, kami mula merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2020. Kami tidak selalu berjumpa kerana saya bekerja di Kuala Lumpur dan suami bekerja di Taiping, Perak. Jadi kami cuma berhubung & berbincang mengenai persiapan perkahwinan melalui telefon.

Alhamdulillah, walaupun tahun 2020 kita diuji dengan wabak covid-19, perancangan untuk perkahwinan kami masih diteruskan dengan penuh sederhana. Kami bertunang pada bulan Ogos 2020 dan bernikah pada awal Disember 2020 dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja memandangkan masih dalam PKPP pada waktu itu. Syukur, saya dan suami akhirnya disatukan dan kini kami sedang mood bercinta lepas nikah.

Terima kasih sy ucapkan kepada Till Jannah kerana menyediakan platform kepada yang serius dan berikhtiar mencari jodoh. Saya dan suami doakan kepada yang masih mencari supaya cepat-cepat bertemu dengan jodoh anda. InshaaAllah, kita ikhtiar dan berserah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh