Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Najmi & Syafawani

Assalamualaikum,

Saya daftar portal ni pada hujung tahun 2018. Saya try dulu langgan 3 bulan tapi tak ada jumpa lagi calon yang sesuai. Cuma ada luck dapat cabutan bertuah dari admin boleh la RM100, heheheh alhamdulilah rezeki. Bulan 7/2019 saya buka balik dan langgan balik, lepas 3 hari, jumpa si dia. Saya bagi no handphone untuk terus berhubung melalui whatsapp. Kebetulan masa kenal dengan si dia ni saya ada kat kampung cuti mc 2 bulan kerana accident.

First time jumpa pada bulan 8, saya pergi tempat dia. Lepas tu, saya dah masuk kerja balik. Kali ke 2 jumpa saya pergi rumah dia jumpa mak, abang dan kakak dia. Kemudian, bawa dia jumpa mak ayah saya. Kali ke 3 jumpa pergi beli barang-barang dan cicin untuk bertunang. Kali ke 4, jumpa di majlis tunang dan tarikh kahwin ditetapkan pada raya 2020. Tapi apakan daya, Tuhan menentukan segalanya, kita semua kena kurung PKP, maka raya la saya seorang diri di kuala lumpur. Sabar je nak buat macam mana, cinta jarak jauh. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, saya dan isteri selamat diijabkabul pada 1/1/2021.

Walaupun baru 4 kali jumpa, inilah kisah cinta saya dan isteri. In shaa Allah saya akan jaga amanah ini. Betul kata orang, biarpun jauh beribu batu dan jarang bertemu, kalau dah jodoh, tidak kemana.

Terima kasih saya dan pasangan ucapkan kepada Tilljannah.my. Semoga terus maju jaya.

Sekian, terima kasih.
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh