Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my

Huzaine & Madah

Saya Hamadah dan Huzaine telah bernikah pada 21.8.2020 (Jumaat) bersamaan 2 Muharram 1442 H.

2. Kami dinikahkan pada jam 9.30 pagi di Pejabat Agama Daerah Ipoh. Kami bernikah di situ adalah disebabkan pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang ini dan tidak membolehkan kami bernikah di rumah.

3. Awal perkenalan di laman web ini (Tilljannah) pada bulan Februari 2020. Salam perkenalan pertama adalah dimulakan oleh suami saya (Huzaine). Jujur saya katakan saya memang melayan sesiapa sahaja yang ingin berkenalan dengan saya tak kira rupa, umur, pekerjaan, status dan sebagainya.

4. Untuk pengetahuan admin, selain Tilljannah, saya juga ahli kelab mencari jodoh ***, ***, *** dan beberapa lagi yang saya dah lupa pun 'pasword'nya ?

5. Ada pasang surut sepanjang kami berkawan sebab saya ini 'kuat gaduh' juga. Tapi, Huzaine sangat sabar melayan karenah saya! Ini antara yang menarik perhatian saya untuk serius ke fasa seterusnya di samping beliau ada memberi kata dua, sama ada serius berkawan untuk terus bernikah atau putus terus sebab taknak buang masa, buang duit dan lain-lain.

6. Bulan Mac, kami berjumpa "face to face" di mana pada masa itu, keputusan peperiksaan SPM keluar. Huzaine menemani anak sulung perempuannya ambil "result" di sekolah, Kuala Kangsar dan kesempatan 'balik kampung' digunakan sebaik-baiknya untuk Huzaine dan saya berjumpa bertentang mata.

7. Saya ditemani adik lelaki saya dan pada mulanya, saya suruh adik berlakon buat-buat tak kenal saya! Hahahaha Tetapi sebaliknya berlaku selepas saya tengok Huzaine, saya terus cakap kat adik suruh balik ambil tudung untuk dihadiahkan kepada anak perempuan Huzaine. Pertemuan pertama di Mydin Meru, Ipoh.

8. Selepas perjumpaan tersebut, minggu seterusnya cuti persekolahan, tak tunggu lama terus ajak datang rumah untuk diperkenalkan pula pada mak ayah saya. Tapi sebelum tu, sudah diceritakan dengan detail, Huzaine duda beranak tiga. Baru bercerai bulan September 2019... Penerimaan mak pada mulanya terkedu namun, selepas itu minta datang ke rumah. Dugaan bermula sebab selepas itu, kita dikejutkan dengan perintah kawalan pergerakan (MCO).

9. Sepatutnya, ada acara merisik diikuti dengan bertunang dan kemudiannya bernikah. Namun, terus bertunang. Persiapan ala kadar sebab masih MCO. Bertunang 1 Syawal 1441 H bersamaan 24.5.2020. Dan sepatutnya bernikah semasa Raya Haji namun masih lagi MCO dan kami buat keputusan bernikah pada bulan 8 di mana, pada masa itu tak tahu pun takwim sekolah sudah berubah iaitu cuti sekolah ditetapkan pada mggu yang kami bernikah tersebut. Alhamdulillah syukur pada Allah.

10. Saya memilih Huzaine kerana suami seorang yang bertanggungjawab. Ketiga-tiga anaknya dibela oleh beliau sendiri. Suami juga boleh memasak dan amat saya sukai, suami sangat sabar dengan perangai saya. Saya tidak memilih sebab selama saya menyertai program ini, semua calon yang berbeza latar belakang pendidikan, pekerjaan dan status telah pun saya berkawan. Namun, jodoh saya memang sudah ditakdirkan dengan Huzaine.

Walaupun kami sudah bernikah tapi kami PJJ sekarang ini. Doakan saya dan suami kuat, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kami, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, dilimpahkan rezeki dan bersama hingga ke syurga (till jannah).

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada admin dan krew Till jannah. Semoga pencarian mereka yang belum dipertemukan jodoh, Allah akhiri dengan jodoh yang baik juga akhirnya.

Pencarian saya bermula seawal umur 22 tahun sebenarnya. Tetapi yang betul-betul serius 8 tahun sebelum ini. Selamat maju jaya admin dan krew Tilljannah.

TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
TJ_Testimoni
Cari Jodoh Anda Sekarang
100% Money Back Guarantee
(tertakluk kepada terma & syarat)

Syarat penyertaan : Muslim Warganegara Malaysia berusia 20 tahun ke atas bagi lelaki, 18 tahun ke atas bagi wanita, status perkahwinan semasa hendaklah bujang, duda atau janda sahaja dan SERIUS dalam mencari jodoh.


👇🏼 Join telegram kami 👇🏼
t.me/TillJannahPortalJodoh