Kisah Cinta Bertemu Jodoh di Tilljannah.my
Solleh & Eva
Assalamualaikum w.b.t
Saya Solleh, umur 34 tahun, mula mendaftar sebagai ahli tilljannah pada 01 Julai 2019. Mengetahui tentang portal mencari jodoh ini melalui laman sosial facebook di dalam akaun saya sendiri. Mula berminat untuk mencari pasangan hidup dan memulakan hidup baru.
Pada awal 03 Julai 2019, saya telah bertemu dengan pasangan saya yang bernama Evawani yang berusia 39 tahun. Pada awal perkenalan kami hanya sekadar berkawan sahaja, lama kelamaan kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Hanya sekadar perkenalan singkat dalam tempoh masa 2 bulan, saya dan pasangan mengikat tali pertunangan dan melangsungkan pernikahan secara ringkas.
Tanggal 21 September 2019 kami bernikah di Masjid Putrajaya, dan menjadi suami isteri yang sah. Alhamdulillah, walaupun hanya perkenalan yang singkat, kami membuat keputusan untuk bercinta selepas berkahwin. Ini kerana, untuk mengelakkan sebarang fitnah dan maksiat yang amat ditegah oleh syarak. Bukan perkara yang mudah membuat keputusan ini, tetapi kami yakin bahawa jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah s.w.t. Kami sentiasa berdoa agar hubungan kami ini mendapat limpah rahmat dan kasih sayang serta rezeki yang mencurah dari Allah s.w.t sehingga ke jannah.