Ada wanita yang mudah “cair” dengan sesuatu perkara atau perbuatan yang ditunjukkan oleh pasangannya. Namun ada juga wanita yang tidak mudah jatuh hati dengan perkara-perkara yang dianggap “kecil”. Golongan yang ini lah yang memerlukan para lelaki untuk berusaha dengan lebih tinggi untuk menawan hati si dia. Jadi bagaimana nak buat seseorang wanita itu jatuh hati dengan anda?
- Menjaga adab dan pertuturan
Lelaki yang suka berkata kesat dan tidak beradab ini sangat tidak disukai oleh para wanita. Tetapi jika seseorang lelaki itu tahu menjaga adabnya ketika bersama orang tua mahupun orang tidak dikenalinya, pasti si dia akan terpikat dengan anda. Lebih-lebih lagi apabila anda juga seorang yang menjaga pertuturan, sudah pasti menjadi idaman ramai wanita!
- Berketerampilan kemas, wangi dan bersih
Boleh dikatakan majoriti wanita di dalam dunia ini sukakan lelaki yang menjaga kekemasan dirinya. Tidak perlu pakai pakaian berjenama pun! Cukup dengan pakaian bersih serta sedikit wangian yang harum. Perkara ini akan memberi imej bahawa anda mempunyai pengurusan diri yang baik.
- Bijak mengawal kemarahan
Walau dalam apa jua situasi sekali pun, pastikan anda tidak meninggikan suara atau mengangkat tangan dengan wanita yang disayangi. Lelaki yang bijak mengawal kemarahannya menunjukkan bahawa dia seorang yang penyabar dan tidak mudah melenting.
- Mempunyai ilmu pengetahuan yang bagus
Gunakan masa yang anda ada ini dengan memperbanyakkan ilmu pengetahuan tentang apa-apa sahaja yang bermanfaat. Contohnya seperti ilmu agama, pengetahuan am, kemahiran membaiki, kebolehan memasak dan banyak lagi! Wanita ini mereka bukan sahaja mahukan seorang suami yang baik tetapi mereka juga inginkan seorang ketua keluarga yang boleh mendidik.
- Pandai memujuk
Sudah pastinya wanita ini memang makhluk yang kuat merajuk. Ini kerana hati mereka dicipta sangat lembut dan mudah tersentuh. Jadi, untuk memenangi hati wanita kesayangan anda, tunjukkan bahawa anda seorang yang pandai menjaga dan mengambil hati mereka.
- Tidak pentingkan diri sendiri
Lelaki yang pentingkan diri sendiri atau bahasa singkatannya dipanggil “lelaki ego” ini akan membuatkan para wanita mudah untuk tawar hati. Rendahkan ego anda dan cuba untuk mengalah bagi perkara yang remeh-temeh. Jika dua-dua pihak mempunyai ego yang tinggi, maka perhubungan yang dibina ini tidak akan kekal lama.
- Memiliki fahaman agama yang baik
Sebagai seorang lelaki, anda wajib untuk mempunyai asas ilmu agama yang teguh. Ini kerana anda akan menjadi ketua keluarga yang membimbing isteri dan anak-anak. Jika anda mempunyai fahaman agama yang baik, anda bukan sahaja dapat mendidik pasangan ke arah kebaikan malah anda juga akan dikurniakan ganjaran pahala yang besar.
- Rajin berusaha
Tiada siapa sukakan orang malas, lebih-lebih lagi si dia yang malas berusaha dan hanya mengharapkan orang lain. Sebagai seorang lelaki, anda harus mempunyai sifat rajin berusaha. Anda akan dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada bakal isteri yang akan dikahwini. Jadi sekiranya anda malas, adakah anda yakin ada wanita yang ingin menjadikan anda suami mereka?
- Pemurah hati
Si dia yang suka bersedekah atau pun berbelanja untuk pasangan mahupun keluarga ini akan membuka peluang rezeki yang lebih luas. Perlu juga difahami bahawa sifat kedekut dan berjimat cermat adalah dua perkara yang berbeza. Berjimat cermat adalah perkara yang mendatangkan kebaikan tetapi kedekut ini akan membawa kesusahan di hari yang akan datang.
- Menepati janji
Jangan hanya tahu menaburkan janji-janji manis. Apabila anda janjikan sesuatu perkara, pastikan anda kotakan perkara tersebut. Ini amat penting untuk memastikan kepercayaan dalam sesuatu perhubungan itu tidak terjejas. Jika anda terlalu kerap memungkiri janji tanpa alasan yang kukuh, perkara ini akan membuatkan si dia tawar hati dan akhirnya membawa diri.
11. Kelakar
Mungkin sudah ramai yang tahu bahawa majoriti wanita sukakan lelaki kelakar. Ini kerana anda akan menjadi penghibur hati si dia di saat mereka berduka. Namun tidak perlu meletakkan usaha yang tinggi untuk menjadi kelakar, cukup sahaja dengan lawak semula jadi atau yang bersahaja juga mungkin sudah boleh menghiburkan hati si dia.