Satu lagi peluru berbisa cabaran duniawi hari ini yang semakin menggila adalah nafsu dan seks. Kecenderungan apabila berkisar tentang seks dan hubungan laki wanita amat luar biasa perkembangannya.

Lelaki yang baik akan hormat wanita. Tak akan ajak jumpa berdua-duaan mahupun bersembang perkara keji. STOP berhubung dengan lelaki bermodus operandi begini. Anda mungkin anggap perhatian, kasih sayang dan janji manis itu sebagai bukti cinta, tetapi anda perlu berhati-hati sebelum menjadi mangsa nafsu buasnya.

Sumber Gambar : hidayahdankeridhaan.blogspot.com

Jadilah wanita yang ‘mahal’ harganya. Kamu dibesarkan oleh ayah ibu kamu dengan baik dan terpelihara. Dalam berhubungan, janganlah sesekali kamu serahkan diri dan tubuhmu kepada lelaki selagi belum diijabkabul. Berjanjilah untuk menghormati dan menghargai dirimu. Jadilah wanita syurga untuk lelaki yang baik.

‘Mereka’ mungkin hadir sekadar untuk mencari ‘mangsa’, bukan cari jodoh. Jika ada yang mula mengajak anda bersembang lucah, mungkin itu modus operandinya.

Rujuk perkongsian dari link ini untuk mendapatkan gambaran sebenar BAHAYA NAFSU LELAKI.

Bahaya Nafsu Lelaki (zaharuddin.net)