Adakalanya kita berasa sedih atau sunyi dengan kehidupan ini. Ada masa kita berasa seolah-olah tiada siapa yang ambil kisah atau sayangkan kita. Kesunyian itu akan membuat kita untuk mula memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Perasaan sedih dan sunyi itu normal bagi setiap makhluk ciptaan Allah SWT. Tuhan menghadirkan perasaan tersebut kerana Dia amat sayangkan hamba-Nya. Memang fitrah seorang manusia itu dahagakan kasih sayang dan perhatian. Namun, perlu anda berjaga-jaga. Anda perlu berhati-hati agar tidak lemas dengan bisikan Shaitaan yang berusaha untuk menjauhkan anda dari Tuhan serta menyesatkan umat Muhammad SAW.
Perasaan sedih atau sunyi itu hadir sebagai tanda sayangnya Tuhan kepada makhluk-Nya. Jika anda sedang menghadapi kekecewaan, kesedihan, kemurungan atau kebimbangan, jangan risau, Allah SWT sentiasa ada bersama anda! Letakkan harapan anda sepenuhnya kepada-Nya dan yakinlah bahawa Allah SWT itu lebih mengetahui segala yang terbaik buat setiap hamba-Nya.
Berikut adalah 10 peringatan dan kata-kata semangat yang boleh dijadikan pedoman untuk terus maju ke hadapan.
(Kredit: terjemahan dibuat menerusi lama instagram @herblankcanvas)
1. “Bersabarlah, anda akan dapat semua yang dihajati apabila Tuhan mengizinkannya.”
2. “Perjalanan hidupmu mungkin tidak semudah orang lain. Tetapi apabila anda meletakkan seluruh kepercayaan kepada-Nya, percayalah, jiwamu akan lebih tenang dan aman.”
3. “Menangislah sebanyak mana yang anda mahukan. Ingatlah, tiada satu doa pun yang tidak dijawab oleh Tuhan. Dan apabila anda merasakan doamu tidak dihirau Tuhan, sebenarnya ia telah pun diberi jawapan dalam cara yang tidak disangkal.”
4. “Sesetengah orang hadir dalam hidupmu membawa pengajaran. Apabila telah tiba waktunya untuk mereka pergi, ucapkanlah terima kasih ke atas kehadiran mereka dan belajarlah untuk menerima ketentuan takdir.”
5. “Tuhan itu sentiasa ada bersamamu, walau disaat kamu melupakan-Nya.”
6. “Tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT. Jika sesuatu atau seseorang itu sudah ditakdirkan untukmu, yakinilah bahawa ia tidak akan menjadi milik sesiapa sekalipun melainkan kamu. Tuhan mampu melakukan perkara yang mustahil menjadi nyata. Percayalah.”
7. “Tiada satu doa atau tangisan itu tidak didengari Tuhan. Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha mengetahui segala yang terbuku di dalam jiwa hamba-Nya.”
8. “Apabila kamu mula berdoa dan meminta kepada Tuhanmu seikhlas hati, di sinilah kamu ketahui pentingnya hubungan bersama Tuhanmu.”
9. “Suatu hari nanti kamu akan lihat segala hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku. Segala kesakitan dan kesedihanmu akan disembuhkan juga akhirnya.”
10. “Suatu hari nanti, semuanya akan masuk akal. Mungkin bukan sekarang, tetapi disaat yang paling sempurna bagi Tuhan. Sesungguhnya Tuhan Maha Penyayang lagi Mengasihani.”
(Kredit: terjemahan dibuat menerusi laman instagram @herblankcanvas)