hutang-1024x640

7 Perkara Yang Harus Disegerakan

1. Segera BERTAUBAT sebelum ajal
Segera bertaubat kepada Allah dengan benar-benar taubat (Taubat Nasuha) dari dosa-dosa yang pernah dibuat. Jika berbuat salah kepada manusia segeralah memohon ampun dan meminta maaf kepada mereka juga.

2. Segera tunaikan SOLAT di awal waktu
Banyak di antara kita yang sering menunda-nunda atau melengahkan waktu solat. Sudah masuk waktu dan sudah terdengar azan tetapi tidak segera melaksanakan solat. Bagi kaum lelaki, seeloknya berjemaah di surau jika mampu. Kepada kaum wanita, segerakan solat.

3. Segera tunaikan ZAKAT.
Zakat dari segi istilah adalah mengeluarkan sebahagian harta yang dimilik kepada yang berhak menerimanya menurut syari’at islam. Ia diberikan kepada yang berhak menerima dari kalangan fakir serta mereka yang diterangkan dalam Al-Quran. Di antara manfaatnya adalah dapat menyucikan harta, menghibur jiwa orang-orang fakir dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

banner malaysiakini

4. Segera laksanakan HAJI
Seperti semua umat islam tahu rukun islam kelima adalah menunaikan haji bagi yang mampu. Haji merupakan bentuk ibadah kepada Allah. Ketika haji umat islam dari segala penjuru dapat berkumpul dan bertemu di satu tempat. Dan mengenakan satu jenis pakaian sahaja. Tiada perbezaan antara pemimpin atau yang dipimpin, kaya atau miskin, kulit putih atau hitam. Semua adalah makhluk Allah.

5. Segera selesaikan HUTANG
Bila sudah mampu dan cukup, bayarlah hutang anda. Jangan ditunda-tunda mahupun buat-buat lupa kerana hati tidak akan tenang jika hutang masih tidak diselesaikan dan menjadi susah di alam kubur nanti.

6. Segera minta MAAF.
Siapa pun kita pasti ada melakukan kesalahan. Salah satu cara orang bertaqwa adalah memaafkan kesalahan orang lain. Memang bukan mudah untuk memaafkan orang yang telah buat salah pada kita. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. Masyarakat akan hidup dalam aman damai jika saling maaf memaafi antara satu sama lain kerana manusia tidak terlepas daripada kesalahan.

logo TJ
7. Segera NIKAH
Menikahkan anak perempuan, hal ini penting diketahui bagi orang tua atau wali nikah yang punya tanggungjawab dan kewajipan untuk menikahkan anak perempuannya untuk mengelakkan fitnah. Oleh itu, nikahkan dengan segera jika ada insan yang sudah saling mencintai dan saling mengenali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *