KAHWIN DULU vs KAHWIN SEKARANG

Jom kita tengok 10 perkara perbezaan majlis perkahwinan zaman dahulu dengan sekarang.

DULU
1. Satu kampung / taman sibuk membahagikan tugas masing-masing untuk dibuat ketika majlis berlangsung.
2. Seminggu nak langsung pengantin perempuan tak boleh keluar rumah untuk menjaga seri pengantin (darah manis).
3. Pengantin dulu banyak persalinan baju terutama untuk pengantin perempuan. Malam berinai lain, sanding lain. Boleh di katakan dekat 7-10 pasang baju.
4. Mak andam dulu, makeup pengantin perempuan naik takut tengok sebab setebal alam.
5. Sedara mara, sepupu semua pakat bertandang tidur di rumah pengantin dari 3 hari sebelum majlis langsung untuk tolong-menolong keluarga pengantin.
6. Hantaran dulu semuanya standard seperti sirih junjung, kuih-muih, manisan, pulut kuning dan sebagainya. Kebanyakannya buat sendiri.
7. Pakaian pengantin dulu sama sahaja satu kaler dan material kain pun songket sahaja. Tak banyak pilihan.
8. Dulu-dulu amik gambar selalu pose atas katil, peluk-peluk, tenung sesama sendiri. Kalau atas pelamin pulak malu-malu kucing, nak pandang pun segan. Asyik tunduk je. Makan beradab pulak penuh dengan sopan .
9. Pengantin dulu lepas selesai majlis sanding dan semua tetamu dah balik, pengantin akan sibuk turun ke dapur basuh periuk belanga dan tolong kemas-kemas.
10. Gambar kahwin dulu nak cuci gambar dan frame kan ikut size besar sahaja, tiada soft copy. Album kahwin pun tebal-tebal pakai buku album.

banner malaysiakini

SEKARANG
1. Tak perlu susah payah kerana ada caterer yang boleh membantu. Hanya sediakan duit sahaja.
2. Pengantin perempuan esok nak langsung boleh lagi keluar jalan-jalan, membeli barang yang masih tak lengkap.
3. Kahwin sekarang, dah tak perlu banyak baju hanya cukup dua pasang. Nikah dan majlis. Ada setengah majlis nikah sekali dengan sanding.
4. Tukang makeup pulak, lebih kepada makeup simple atau natural sahaja. Nampak lagi kemas dan cantik.
5. Saudara mara pulak, kalau boleh tidak mahu tidur di rumah pengantin. Lebih suka tidur di hotel atau homestay.
6. Hantaran kahwin sekarang semua mewah. Seperti handphone, Ipad, Perfume mewah dan macam lagi. Hiasan hantaran semuanya beli je.
7. Pakaian pengantin sekarang, bermacam design dan warna. Ada yang berlabuci banyak, ada yang beli dari luar Negara. Dan material pun bermacam-macam jenis. Tambahan pula ada bribesmaid lagi.
8. Pengantin bergambar sekarang semakin sempoi. Bermacam-macam pose. Jurugambar pun banyak idea pose untuk diberikan kepada pengantin untuk bergambar. Siap ada outdoor lagi.
9. Pengantin sekarang tidak sibuk dah untuk mencuci periuk belanga kerana semua dah disiapkan oleh pihak caterer.
10. Gambar kahwin sekarang ni boleh di upload dan buat soft copy sahaja. Boleh di upload di dalam laman sosial untuk kenangan.

10 perkara di atas hanyalah sebahagian, anda sendiri pasti dapat senaraikan apa lagi perbezaannya bukan?

logo TJ

Cara Membina Keluarga Bahagia

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Setiap manusia juga inginkan sebuah keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan keluarga bahagia.

1. Menunjukkan Contoh Teladan Yang Baik Kepada Anak-Anak
Anak adalah tanggungjawab besar yang diamanahkan. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada mereka kerana mereka yang paling kerap berada dengan kita. Tutur kata yang sopan dan lemah lembut juga akan dapat keharmonian dalam keluarga. Elakkan sikap negatif seperti bergaduh, maki hamun dan penderaan.

2. Mengawasi Aktiviti Anak-Anak
Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan yang buruk akhlak dan sikap yang buruk. Kerana anak-anak yang sedang membesar semestinya banyak terpengaruh dengan rakannya. Darah muda membuatkan mereka akan memberontak untuk melakukan perkara yang baru.

3. Mencurahkan Kasih Sayang Dan Meluangkan Masa Bersama
Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Namun begitu, pada zaman kini mencari rezeki sememangnya sangat mencabar. Kadangkala tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak diabaikan kerana terlalu sibuk. Sepatutnya ibu bapa seharusnya pandai memberi masa dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

banner malaysiakini

4. Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi
Terdapat pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja sekarang pastinya akan merisaukan anda sebagai ibu bapa. Oleh itu, berikan didikan agama dan moral yang mencukupi kerana ia dapat membantu membentuk nilai sahsiah yang tinggi dan sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia.

5. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain
Wujudkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam ahli keluarga. Jangan biarkan mereka meninggikan suara atau memanggil antara satu sama lain dengan panggilan yang tak elok.

6. Kerapkan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain
Komunikasi adalah cara membentuk keluarga bahagia. Jika komunikasi salah akan menimbulkan pelbagai impak yang tidak baik. Seperti contoh bergaduh dan bercerai. Sekiranya, terdapat salah faham antara satu sama lain, duduklah berbincang dengan elok. Luahkan segala masalah yang dihadapi.

logo TJ

Kesimpulannya, setiap ahli dalam keluarga perlulah memainkan peranan untuk membentuk keluarga bahagia. Saling menghormati, saling memahami dan saling memaafi antara ahli keluarga.

10 Tanda Suami Bahagia

Dalam setiap rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Setiap isteri mahu melihat suaminya bahagia bersamanya selalu. Terdapat 10 tanda suami anda bahagia bersama anda.

1. Sentiasa berhubung
Apabila suami pergi kerja mahupun ada urusan pekerjaan, dia akan menghubungi isterinya setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Dia juga selalu membuat laporan seperti menghantar Whatsapp kepada isterinya. Contohnya, dia memberi tahu bahawa dia sudah sampai ke tempat kerja.

2. Selalu sebut “I LOVE YOU”
Dia akan memberi tahu yang dia cintakan anda dan akan mengulanginya setiap hari bahawa dia amat sayang kepada anda.

3. Ringan Tulang
Dia juga suka membantu dan menguruskan hal dalam rumah kerana dia mahu meringankan beban anda. Dia akan mengemas dengan sukarela dan menguruskan hal rumah supaya anda berasa selesa. Selain itu, dia juga akan turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Kerana dia sedar bahawa mendidik anak bukan hanya terletak pada isteri semata-mata.

banner malaysiakini

4. Selalu Puji Isteri
Dia suka memberi pujian pada anda, dia suka memberi perhatian kepada anda dan segala benda yang anda lakukan dia akan memberi pujian. Dia juga tidak akan jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku kepada anda. Dia tidak akan menghamburkan kata-kata yang boleh mengguris hati anda.

5. Menjadi Penenang
Dia akan selalu ada bersama anda dan memeluk erat saat anda menangis dan mempunyai masalah. Apabila anda berasa kecewa, sakit hati dan sedih, dia akan ada untuk menenangkan anda. Dan dia juga akan berusaha memahami apa yang anda lalu.

6. Perkongsian Dari Hati Ke Hati
Ini adalah tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi segalanya dengan anda. Cerita sedih mahupun cerita gembira. Apabila dia terbuka untuk berkongsi masalahnya mahupun mengenai perancangannya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberi sokongan. Kerana dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya .

7. Selalu Peluk Dan Cium
Apabila dia pulang bekerja, dia akan menghadiahkan anda pelukan dan ciuman kasih sayang. Dengan itu anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira apabila pulang ke rumah dan bertemu dengan anda.

logo TJ

8. Tidak Malu Panggil “Sayang” Di Depan Orang Ramai
Tanda suami anda bersikap natural pada bila-bila masa. Suami yang panggil nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.

9. Tidak Malu Pegang Tangan Isteri Depan Orang
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih berpegang tangan. Ramai yang inginkan saat seperti itu kerana saat itu adalah yang paling manis.

10. Selalu Ajak Solat Berjemaah
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan mengajak isteri solat berjemaah bersamanya. Oleh kerana dia sayangkan isterinya dia mahukan isterinya mendapat pahala bersama-sama. Dan jika mempunyai anak, dia akan ajak anak-anaknya solat berjemaah bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.

Akhir sekali, kepada para lelaki ataupun suami hargailah isteri anda dan berilah kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk mereka. Dan untuk isteri pula, terimalah baik dan buruk suami anda. Dan hormatilah mereka sebagai suami. Barulah rumahtangga bahagia.

8 Sikap Wanita Yang Membuatkan Lelaki Cepat Bosan

Lelaki memerlukan wanita sebagai pendamping diri dan menjadi sumber kekuatan ketika dalam kekusutan. Akan tetapi, disebabkan sikap wanita yang sedemikian membuatkan lelaki menolak dan tidak suka akan sikap wanita tersebut.

1. Ambil Masa Lama Untuk Berdandan Dan Bersolek
Lelaki mudah bosan apabila terpaksa menunggu wanita bersiap hanya untuk keluar yang jaraknya hanya dekat. Walaupun nampak perkara itu kecil pada wanita, tetapi jika setiap kali mahu keluar dan lelaki terpaksa menunggu anda sehingga 2-3 jam untuk bersiap, tidak hairanlah lelaki bosan menunggu.

2. Lelaki Sensitif Bila Dilabel Mata Keranjang
Apabila melihat sesuatu yang cantik, mata kita tidak terlepas pandang untuk melihat. Sama juga apabila wanita melihat jejaka kacak, mereka juga akan melihat. Tetapi itu tidak bermakna mereka menaruh hati atau suka kepada wanita itu. Lelaki tidak suka dilemparkan tuduhan melulu dan cemburu melampau. Memang cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau sudah berlebihan, lelaki akan berasa bosan.

3. Mengeluh Tiada Baju Sesuai
Apabila anda asyik mengeluh tiada baju, sedangkan baju anda sampai 2-3 almari dan kasut anda juga sampai 3 almari dan masih mengaku yang anda tidak ada baju yang sesuai untuk di pakai. Sedar atau tidak, anda telah membuatkan lelaki jadi bosan dan marah dengan anda kerana asyik mengeluh tiada baju.

banner malaysiakini

4. Salah Pilih Topik Bercerita
Tak salah jika ingin bercerita dan berkongsi pada pasangan anda. Tetapi biarlah berpada-pada. Kerana lelaki ini mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik dan asyik mengulangnya banyak kali. Apa salahnya, jika sekali sekala berborak mengenai sesuatu yang lawak ke. Jadi wanita kawallah perasaan anda.

5. Komen Tentang Penampilan Dan Berat Badan
Jangan mengkritik berat badan dan penampilan suami berlebihan. Memang tak salah menegur tapi pastikan perkataan yang digunakan perlulah sesuai dan jangan sampai menyinggung perasaan suami. Berilah nasihat dengan cara yang selamba atau berlawak jenaka supaya keadaan jadi lebih santai.

6. Terlalu Mengongkong
Lelaki tidak suka pada wanita sebegini. Kerana pada lelaki ia merimaskan dan langsung tidak punya pendapat sendiri. Sukar untuk lelaki dapat apa yang mereka mahukan bila bersama dengan wanita yang kuat mengongkong ini.

logo TJ

7. High Maintenance
Wanita yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi, sukakan barangan mewah, bunga, berlian yang mewah dan banyak. Tidak semua lelaki mampu memenuhi permintaan wanita sebegini kerana fikiran mereka ada lagi benda yang lebih penting untuk di beli.

8. Terlalu Mengejar Cita-cita
Wanita yang begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan lelaki takut mendekati mereka ini. Malahan juga, wanita sebegini merasakan untuk tidak kisah hidup tanpa lelaki kerana berasakan boleh berdikari di atas kejayaan sendiri.

Namun begitu, kepada kaum wanita di luar sana, cuba ubah sikap buruk itu agar mudah untuk lelaki mendekati anda. Akan tetapi, jangan terlampau terbuka kerana wanita juga ada kehormatan yang perlu di jaga.

10 Perkara Yang Membuatkan Wanita Menangis

Wanita diciptakan dengan perasaan dan hati yang lemah lembut. Sekuat mana pun wanita itu pasti akan menangis juga. Perasaan inilah yang membuatkan wanita menjadi lebih sensitif berbanding lelaki. Terdapat 10 sebab mengapa wanita sering bersedih dan menangis.

 

  1. Faktor Hormon

Bila wanita sudah memasuki saat hampir menopous, wanita lebih cenderung bersikap yang tidak seperti sebelumnya. Contoh seperti sering marah-marah, sukar mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal yang melibatkan perasaan. Kebiasaannya wanita yang sedang mengalami saat ini tidak dapat kontrol emosinya itulah yang dinamakan faktor hormon.

 

  1. Ingin Memanipulasi Keadaan

Rasa bersalah atau malu sering diungkapkan oleh wanita dengan menangis. Kerana semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari orang sekeliling atau kecewa dengan diri sendiri.

 

  1. Perasaan Emosi

Faktor emosi juga berperanan saat wanita sedang tertekan, sakit hati, penat dan masalah lain yang melibatkan perasaan. Saat perasaan emosi sedang memuncak dan tiada tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaan mereka akan menangis untuk melepaskan rasa sedih.

logo TJ

  1. Kehilangan

Apabila wanita merasa kehilangan sesuatu di dalam dirinya mahupun dalam hidupnya mereka akan menangis. Kerana sifat wanita yang selalu menjaga dan sayang dengan apa yang dimilikinya.

 

  1. Dibohongi

Apabila wanita merasa dirinya telah dibohongi , dia akan merasa kecewa dan sedih. Kerana dia akan berdiam diri dan memikir kenapa sampai dibohongi. Akhirnya mereka akan mengeluarkan air mata.

 

  1. Dilupakan

Wanita selalu inginkan perhatian. Wanita juga selalu ingin dikenang dan tidak mahu dilupakan. Seperti contoh pasangannya terlupa saat ulang tahun mereka. Maka wanita akan merasa dilupakan dan cenderung untuk bersedih dan menangis.

 

  1. Terharu

Perasaan terharu ini akan muncul ketika wanita mendengar atau melihat hal-hal menyentuh perasaan. Hal yang membahagiakan pun kadangkala boleh membuat wanita terharu dan menangis.

 

  1. Marah

Saat marah, wanita akan menangis, menjerit dan bersikap atau berkata kasar. Jika dalam situasi demikian, biasanya wanita inginkan perhatian, di dekati dan ada orang mendengar keluhannya sama ada ibu bapa, teman mahupun kekasih hati. Dengan cara itulah yang boleh melegakan amarahnya kerana wanita akan merasa kekuatan dan semangat dari orang-orang yang boleh membuatkan mereka tenang.

banner malaysiakini

  1. Teringat Sesuatu

Masa silam sama ada baik mahupun sebaliknya. Khususnya bagi kaum wanita, jika teringat kenangan manis biasa mereka akan tersenyum, tetapi jika teringat hal yang menyedihkan mereka akan berubah sikapnya dan reaksinya jugak akan berlainan jika mengingatkan kenangan tersebut.

 

  1. Tarik Perhatian

Setiap wanita inginkan perhatian terhadapnya. Jika orang yang dia sayang tidak menghiraukannya, mereka akan rasa tidak di sayangi dan akan merasa sedih.

Akhir sekali, wanita adalah makhluk yang paling mudah tersentuh hatinya. Jangan merasa perkara itu pelik, tetapi berusahalah untuk menutupi kekurangan itu untuk menjadi lebih baik.