nisa

Ciri-ciri Wanita Solehah Dambaan Suami

Sambungan..

.

11. Tidak suka keluar rumah jika tiada keperluan dan tanpa izin suami.

.

Wanita solehah akan menjaga dirinya sama ada di dalam luar mahupun luar rumah. Namun, mereka tidak keluar rumah tanpa izin suami dan tanpa sebab yang munasabah. Mereka juga tidak berkumpul diluar rumah untuk berbual kosong dengan jiran-jiran yang boleh membawa kepada mengumpat.

.

 12. Tidak cemburu buta.

.

Cemburu sememangnya dapat membuktikan tanda cinta dan sayang.   Namun, berikanlah kepercayaan dan saling setia kepada pasangan. Yakinlah pada suami anda dan jangan jadi wanita yang menyekat pergerakan suami kerana dibimbangi suami anda akan jadi rimas. Lain pula jadinya nanti.

. 

13. Penuh kasih sayang.

.

Kasih sayang yang ikhlas akan memberikan impak yang sangat baik terhadap hubungan suami isteri. Kasih dan sayang pasti dapat mengutuhkan lagi hubungan tersebut. Lagipun, setiap manusia memerlukan kasih sayang dan itulah juga tujuan kita berkahwin, betul kan?

.

14. Wanita yang tidak pemalas.

.

Jika si isteri seorang yang pemalas, nampaknya sukar untuk diperkatakan. Urusan rumahtangga harus dilakukan bersama. Namun, jika isteri seorang suri rumah dan suami bekerja, sudah tentu suami akan meletakkan tanggungjawab sepanjang ketiadaannya kepada isteri. Maka, isteri solehah perlulah jadi rajin dan tahu untuk uruskan rumahtangga.   Barulah hidup lengkap melengkapi dan aman sentosa.

. 

15. Manjakanlah suami.

.

Ketika suami sedang berada di rumah, janganlah menyibukkan diri dengan melakukan ibadah-ibadah sunnah yang boleh menghalangi suami untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya, kecuali bila suami mengizinkan. Jika sudah berumah tangga, isteri adalah ladang bagi suaminya, dan disitulah ladang pahala bagi keduanya. seperti dikatakan dalam sebuah hadis:

.

 Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunnah) sementara suaminya berada di rumah kecuali dengan izinnya. (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)

 .

16. Melayan suami dengan penuh keikhlasan.

.

Semasa dihadapan suami, janganlah buat muka yang tidak sepatutnya, dahi berkerut mahupun bibir muncung kerana penat mahupun tiada mood. Tambahan lagi, jangan pula menolak ajakan suami untuk bersenang-senang dengan anda kerana Allah swt sangat tidak menyukai hal tersebut.

.

17. Mampu menghibur suami yang bersedih atau ditimpa masalah.

.

Semasa suami sedang bersedih atau menghadapi masalah, usahlah para isteri mengeruhkan lagi keadaan. Pada masa inilah si isteri perlu ambil tindakan sebagai ‘ubat penenang’ kepada suami. Hiburkan suami, dengar  sebaik-baiknya ataupun berikan idea terbaik untuk selesaikan masalah tersebut.

 .

18. Wanita yang cerdas.

.

Isteri yang cerdas adalah dambaan semua lelaki. Kenapa ya?kerana lelaki mengimpikan anak-anaknya lahir dari wanita solehah yang cerdas. Wanita cerdas diyakini mampu merawat, membimbing dan mendidik zuriatnya dengan berbagai ilmu dan akhlak mulia.

.

19. Wanita yang mempunyai sifat keibuan.

.

Ya, inilah yang sangat diperlukan pada diri setiap wanita. Kelembutan,ketabahan, kesabaran dan pengorbanan dalam mendidik dan membesarkan anak-anaklah yang menjadikan wanita itu solehah dan bererti di mata lelaki. Suami pasti berbangga memiliki isteri yang dapat menguruskan anak-anaknya kelak.

. 

Demikianlah artikel berkenaan ciri-ciri wanita solehah dambaan suami. Bagi yang belum berumahtangga, teruskan usaha dan ikhtiarlah dengan pelbagai cara sekalipun selagi masih berlandaskan syariat islam. Jangan mengalah untuk mencari jodoh.

.

poster tilljannah

 

Bagi yang sudah berumahtangga, belum terlambat untuk anda mengubah diri dan kehidupan berkeluarga anda. In shaa Allah niat murni kita untuk memberikan keharmonian dalam rumah tangga akan tercapai.

Jadilah isteri dambaan suami!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *