hqdefault (1)

Ciri-ciri Wanita Solehah Dambaan Suami

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”

 (HR Muslim)

.

Untuk para isteri dan bakal seorang isteri yang solehah, anda perlu tahu apa yang disukai oleh suami anda kerana banyak sifat dan ciri-ciri wanita solehah yang sangat didambakan oleh para suami. Pengetahuan ini perlu dikongsi dan diamalkan supaya dapat membentuk baitul muslim yang harmoni, tenang serta

mawaddah wa rahmah.

.

Sebagai seorang lelaki soleh, tentu anda inginkan wanita yang mempunyai sifat-sifat solehah yang mampu memberi ketenteraman kepada hati dan membawa kepada keberkatan dalam keluarga yang dipimpin.

.

Berikut ada beberapa sifat dan ciri-ciri wanita solehah dambaan lelaki soleh yang sesuai dengan ajaran

agama Islam. 

.

  1. Wanita yang taat dan bertaqwa kepada Allah SWT dan faham agama.

.

 Wanita dinikahi kerana empat faktor iaitu kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka dapatkanlah wanita yang taat beragama nescaya kamu akan beruntung

(HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466). 

.

Rasulullah Saw melarang lelaki mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana dengan kecantikan boleh membuatkan dia menjadi sombong dan kecantikan itu akan berkurang bila meningkatnya usia.

.

Dan jangan pula mengahwini wanita kerana hartanya, mungkin boleh jadi dengan kekayaannya menjadikan dia wanita yang terlalu ego dan kuat melawan.

.

Tetapi kahwinilah wanita kerana agamanya. “Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam tetapi beragama itu lebih baik”.(HR Ibnu Majah) . Bekalan ilmu agama, ayat Al-quran dan ilmu berumahtangga itu lebih penting dalam membentuk keluarga yang diredhai.

. 

  1. Wanita yang boleh membaca Al-Qur’an.

.

Sangat penting bagi wanita untuk pandai melantunkan dan membaca ayat Al-Qur’an dan lebih bagus lagi menghafalnya. Hal ini kerana pahala membaca Al-Qur’an sangat luar biasa dan ia adalah mukjizat yang Allah jamin kemurniannya.

.

Untuk pengetahuan semua, antara kebaikan Al-Qur’an adalah dapat merangsang perkembangan otak anak dan meningkatkan kebijaksanaanya. Ketika hamil banyakkan memperdengarkan ayat Al-Qur’an  agar generasi yang dilahirkan menjadi cerdas dan berakhlak mulia.

. 

  1. Wanita yang menjaga aib dan rahsia suami.

.

Seorang isteri solehah pasti menjaga aib suami, rahsia suami isteri disembunyikan sebaik-baiknya sehinggakan anak-anak serumah pun tidak mengetahuinya.

.

Peliharalah mulut agar tidak berkongsi cerita rumah tangga kepada jiran-jiran mahupun kawan-kawan

di pejabat.

. 

  1. Tidak mudah marah kepada suami.

.

Jadilah isteri yang penyabar dan lembut hatinya. Jika berasa hendak marah, terus beristighfar kepada Allah. Marah itu nafsu, disokong pula oleh syaitan yang sangat suka melihat sesebuah hubungan suami isteri itu goyah.  Jangan biarkan hubungan goyah kerana hal-hal kecil yang boleh diselesaikan secara bijak.

  1. Wanita yang berakhlak mulia.

.

Senantiasa menjaga tutur bahasa, santun dalam berbicara, lembut perangainya dan berperilaku sopan terhadap suaminya. Selitkan sekali kebijaksanaan dalam menguruskan rumahtangga, pasti suami menjadi lebih sayang dan menghormati anda sebagai wanita!

  1. Selalu menyenangkan hati suaminya.

.

Wanita solehah selalu mempamerkan wajah ceria dan romantik dihadapan suaminya. Wajah ceria dan layanan yang baik mampu menghilangkan penat dan menenangkan jiwa para suami. 

  1. Memberi perhatian kepada suami.

.

Bagaimana ya hendak memberi perhatian? Mudah sahaja, isteri solehah perlu memberi perhatian sekecil-kecil perkara hinggalah yang besar, walaupun tak dapat buat semua, tapi perlu ambil tahu. Contoh, siapkan pakaian untuk suami, membersihkan tempat tidurnya, mengambil berat, memberi senyuman dan mencium tangannya ketika hendak berpisah (seketika/pergi kerja).

  1. Menerima dan menghargai setiap apa yang suami berikan.

.

Terimalah apa sahaja pemberian suami walaupun pemberian itu tidak cukup berharga. Bersyukur dan bergembiralah kerana suami anda telah berusaha untuk membahagiakan diri anda.

  1. Taat pada perintah suami.

.

Taat dan patuhlah perintah suami anda selagi perkara tersebut bukanlah perkara maksiat dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

.

  1. Bersolek hanya untuk suami dan tidak berlebihan dalam bersolek.

.

Setiap lelaki sememangnya inginkan isterinya cantik, wangi dan bersih serta mampu memberi aura positif. Jika isterinya berbau busuk dan tidak cantik, pasti suaminya berasa tidak selesa dan menjauhkan diri. Cantik bukan bererti bentuk fizikal sahaja, tetapi cantik yang dimaksudkan adalah sesuatu yang sangat subjektif.  

.

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *