Cara Paling Berkesan Untuk Mengatasi Rendah Diri Dan Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri

Assalamualaikum

.

Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di beri tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ramai rakan blogger, rakan alam maya dan yang menghantar email bertanyakan bagaimana untuk mengatasi rasa rendah diri, rasa diri kita ini banyak kelemahan dan malu untuk bercakap dengan orang lain.

.

Kebanyakan dari kita apabila di alam maya mampu bersuarakan pendapat dan pandangan dengan lantang. Ayat begitu puitis dan dramatis tetapi apabila di alam realiti mereka adalah merupakan orang yang pendiam dan tidak mudah untuk berkata-kata lagi-lagi dengan orang yang baru  mereka jumpa.

.

Ada juga segelintir mereka merasakan kurang yakin pada diri kerana rupa paras, personaliti dan skill yang kurang pada kita. Biasanya, apabila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia dan lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa ‘kecil’, rendah diri dan tak setanding orang lain. Perasaan begitu sebenarnya adalah negatif. Kamu haruslah menjadikan kekurangan dan kelemahan kamu sebagai kekuatan kamu. Jadikan kekurangan kamu sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri.

.
Mungkin mereka hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.

.
Janganlah kamu merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana kamu hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain. Letakkan  matlamat untuk diri kamu dan jangan fokus untuk bersaing, tapi fokuskan untuk mencapai matlamat kamu.

.

Sebagai seorang muslim kita perlu juga rendah diri .Rendah diri dieertikan juga sebagai tawaduk.Bermaksud kita tidak sombong, tak takbur ,tidak bermegah-megah dan sebagai Sifat-sifat ini sememangnya perlu ada bagi seseorang individu ,namun haruslah kena pada tempatnya.Sebagai seorang Muslim,dia harus lah memiliki akhlak yang baik ,akhlak yang mampu menjadi contoh tauladan dalam masyarakat.

.

Tetapi apa yang di bincangkan ini berkaitan dengan fenomena rendah diri dan rasa malu yang tak bertempat ini.Kamu akan nampak kemajuan dalam diri sebagai kesannya.Acik bercakap berdasarkan pengalaman dan acik mahu kongsikan kepada kamu semua.

.

  1. Melatih minda untuk menjadi positif dan hilangkan kenangan yang lalu.

.

paling penting adalah persedian diri kamu dalam menghadapi keadaan tersebut, berkawan dengan mereka yang bersifat positif akan menambah keyakinan kamu. Selalu set kan dalam minda kamu bahawa aku boleh lakukannya, jika gagal maka terus berusaha dan berusaha jangan menyerah. Mungkin juga kamu ada pengalaman yang lepas, pengalaman yang tak dapat di lupakan. Sebagai contoh , di perlekehkan oleh kawan-kawan ketika dalam perbentangan dan sebagainya, jadikan pembakar semangat dan mesti di teruskan walau apa jua alasannnya.

.

  1. Buangkan perasaan yang risau yang teramat sangat.

.

Kadang kita selalu risau bagaimana nanti hasilnya ? kita nak bentang dan bercakap dengan orang baru kenal mahupun orang ramai. Risau itu mengawal keadaan sehingga hilang kata-kata. Kamu dah buat persiapan yang lengkap ? jadi buat apa nak takut, teruskan sahaja yang terbaik .In sha ALLAH hasilnya juga baik.

.

  1. Ubah penampilan.

.

Mungkin kamu rasa rendah diri kerana kamu tidak mempunyai personaliti yang menarik. Tidak menjadi masalah sebenarnya janji kamu  seharusnya “fizikal well prepared” maksudnya kamu kena bersedia. Cuba pakai pakaian yang kemas , bersih dan pakai wangi-wangian. Pada acik imej kemas itu lebih baik  dan pastikan pemilihan warna itu bersesuaian dengan kamu.

.

  1. Kuatkan hati dan mental

.

Orang boleh katakan apa sahaja yang mereka suka, mereka boleh mengutuk apa yang kita buat, boleh mengeji apa yang kita lakukan. Mereka ingin kita rasa “down” pada masa yang sama kita hilang keyakinan diri. Itu mereka mahukan, jadi kita perlu kuatkan hati jangan terlalu cepat sentap dan terasa. Fikiran kita kena ubah dan jangan terlalu dengar cakap orang. Mana yang baik boleh di ambil sebagai tauladan yang tidak elok itu abaikan .

.

  1. Luaskan pergaulaan dan perbaiki komunikasi

.

Masalah kita adalah bagaiman untuk memulakan perbiacaraa, memang agak janggal lagi-lagi orang itu baru kenal. Jadi kamu kena beranikan diri dan cuba menegur dahulu mereka. Berkenalan dengan ramai orang dan paling penting adalah kita memperbaiki kemahiran komunikasi kita. Pastikan kita “aproach ” mereka dengan cara yang betul.

.

  1. Jangan pandang mereka terlalu hebat 

.

Ayat yang biasa di gunakan “dia hebat dan aku bukan siapa-siapa, yelah aku tak cantik macam dia”. Padahal dia sama banding dengan mereka tetapi kita yang buat diri kita dia lemah dan tak hebat. Tengok dia hansome macam Aaron Aziz dan cantik macam Siti Nurhaliza, kita tengok kat cermin pun rasa cermin nak retak.. itu kita sangka. Tapi sebenarnya kita cantik dan kacak tapi dari sisi yang lain, orang lain sedar dan kita tak tahu. Mungkin kan.

.

7.  Banyakkan berdoa kepada Allah

.

Sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kita hendaklah selalu berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan olehNya. Sentiasalah berdoalah supaya diberikan kekuatan didalam diri kita ini supaya tidak merasa rendah diri bila bedepan dengan orang lain. Dengan doa ini ia dapat meningkat keyakinan kita dalam menghadapi hidup ini. Jangan jadikan rasa rendah diri itu sebagai satu kelemahan didalam diri anda kerana anda juga yang akan rugi kerana kamu memerlukan satu keyakinan didalam diri bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

.

Sudah cuba cara di atas dan berdoalah

.

Antara doa-doa dan amalan yang boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat malu ialah :-

1) Baca surah al-Fatihah

2) Doa nabi Musa a.s  :

.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي

.

“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”

.

3) Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

.

Sumber Blog Aku Penghibur.

.

poster tilljannah

Ciri-ciri Lelaki Soleh

Apa yang dimaksudkan dengan lelaki soleh? Lelaki soleh adalah seorang manusia yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang sungguh mulia. Peribadi mulia ini terbentuk melalui pendidikan agama yang cukup diberikan oleh keluarganya yang sangat menitik beratkan soal hukum agama, halal, haram dan berbagai lagi. Sudah menjadi impian bagi wanita yang ingin berkahwin untuk mendapat seorang suami yang soleh dalam hidupnya untuk sama-sama membina keluarga sakinah.

.

Antara ciri-ciri lelaki soleh dambaan wanita adalah seperti berikut.

.

  1. Memiliki keyakinan agama yang kuat.

.

Ini merupakan kunci utama bagi lelaki juga wanita. Jika agama yang kuat ada dalam diri seorang lelaki, maka semua hal yang lain mengikutinya.

.

Lelaki yang soleh menjaga hubungannya dengan Allah SWT, solat berjemaah di masjid, solat pada waktunya, menjalankan ibadah sunnah, rajin menuntut ilmu dan sentiasa memelihara diri dari perbuatan yang keji.

.

  1. Berakhlak mulia.

.

Perkara utama bagi lelaki soleh iaitu berakhlak atau berbudi pekerti dan berperangai yang baik dan mulia.

Akhlak merupakan peribadi seseorang, jika akhlaknya baik maka orang tersebut baik secara umum, jika akhlaknya buruk maka kejahatan pun membentuk untuk seseorang yang tidak mampu menjaga adabnya.

Maksudnya disini, jika lelaki itu baik pada dirinya sendiri, maka dia akan baik juga untuk orang lain. In shaa Allah.

.

  1. Rajin menuntut ilmu dan cinta pada orang-orang berilmu.

.

Lelaki soleh tidak akan puas terhadap ilmu yang diperoleh. Mereka akan selalu merasa kurang kerana tahu bahawa ilmu jika dipelajari tidak akan pernah habis.

Kesannya, semakin banyak ilmu semakin membuatnya rendah hati.

.

  1. Bertanggungjawab

.

Bagaimana hendak tahu seorang lelaki itu bertanggungjawab atau tidak, lihatlah pada cara dia memperlakukan orang-orang terdekatnya. Juga terhadap apa yang dilakukannya.

.

Lelaki soleh tidak mungkin mengabaikan apa yang telah menjadi hak dan kewajibannya baik terhadap amal ibadatnya, pekerjaannya, dirinya sendiri dan orang di sekelilingnya.

.

poster tilljannah

.

5. Bersifat jujur dan amanah.

.

Lelaki soleh harus bersifat jujur dan amanah dan dapat dipercayai, tidak mengabaikan tugas yang telah diberikan kepadanya dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang ada.

.

  1. Bersikap tegas dan berpendirian.

.

Tegas tidak bererti kasar dan tidaklah secara berlebihan. Tegas yang perlu ada dalam mempertahankan martabatnya dan tegas dalam menyampaikan nasihat-nasihat serta kebenaran.

.

Lelaki soleh adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi, disitu perlukan ketegasan, namun dia tetap perlu memiliki hati yang lembut, sopan tutur katanya, dan tidak menyakiti fizikal mahupun mental orang lain.

.

7. Suka bergaul dengan orang-orang soleh.

.

Lelaki soleh suka berkumpul di majlis ilmu atau selalu berkumpul dengan orang-orang mengajak kepada kebaikan. Mereka akan menjauhi pergaulan bebas dan hubungan yang melalaikan agama. Dari situ mereka dapat memelihara perilaku.

.

  1. Menjaga pandangan matanya.

.

Lelaki soleh perlu selalu menjaga pandangannya dari perbuatan maksiat, tidak suka melihat sesuatu yang belum halal, selalu menundukkan kepala dan tidak menatap wanita bukan muhrimnya apatah lagi sampai berlaku atau bertindak lebih dari itu.

.

Tidak hanya mata, namun juga perlu mampu menjaga tangan, hati dan juga fikirannya dari hal-hal yang diharamkan oleh agama.

.

  1. Tidak terlalu boros.

.

Tidak salah berbelanja untuk sesuatu perkara, tetapi tidaklah secara berlebihan. Contohnya, dalam membeli makanan janganlah sehingga menyebabkan pembaziran. Tetapi jangan pula berjimat sehingga menjadi lelaki yang kedekut.

Maksudnya disini hidup bersederhana adalah cara hidup Islam yang mana setiap sesuatu itu haruslah  sesuai pada kedudukannya.

.

  1. Rendah hati dan pemaaf

.

Lelaki soleh dapat mengawal nafsu marahnya dan mampu memaafkan orang yang berbuat kesilapan terhadapnya. Namun bukan itu sahaja, lelaki soleh juga memiliki hati yang baik iaitu dia akan memohon maaf sekiranya dia sendiri melakukan kesilapan.

.

  1. Berwibawa dan selalu menjaga kebersihan diri.

.

Lelaki soleh yang berwibawa selalu tampil dengan pakaian yang rapi, kemas dan menjaga badannya untuk selalu bersih dan rapi dalam berpenampilan.

.

  1. Sabar dan ikhlas dalam melakukan sesuatu.

.

Memiliki hati yang sabar dan ikhlas dalam menerima segala ujian dari Allah. Tidak mudah berputus asa dan yakin bahawa Allah SWT selalu bersama orang-orang yang bertaqwa.

.

13. Memiliki perasaan cinta dan kasih sayang.

.

Lelaki soleh tentu memiliki hati yang mulia dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Dapat dilihat dari bagaimana ia melayan orang tuanya, saudara-saudaranya, serta orang-orang mukmin yang lainnya.

.

Dari cinta dan kasih sayang yang luas, maka akan timbul pengertian dan perhatian. Sungguh luar biasa sempurnanya seorang lelaki jika memiliki tanggungjawab, cinta dan kasih sayang serta penuh perhatian.

.

poster tilljannah

.

Itulah antara ciri-ciri lelaki soleh yang dapat dikongsi. Bersyukurlah jika anda sudah memilikinya. Bagi yang belum bertemu pasangan, berusahalah sehingga berjaya. Allah akan memandang pada kesungguhan anda juga. In shaa Allah.

.

Ya Allah berkatilah hidup kami, keluarga kami serta amal ibadat kami. Berikanlah kami pasangan juga calon pasangan kami dari golongan orang-orang yang soleh. Aamiin Yaa Robbal’Alamiin.

Ciri-ciri Wanita Solehah Dambaan Suami

Sambungan..

.

11. Tidak suka keluar rumah jika tiada keperluan dan tanpa izin suami.

.

Wanita solehah akan menjaga dirinya sama ada di dalam luar mahupun luar rumah. Namun, mereka tidak keluar rumah tanpa izin suami dan tanpa sebab yang munasabah. Mereka juga tidak berkumpul diluar rumah untuk berbual kosong dengan jiran-jiran yang boleh membawa kepada mengumpat.

.

 12. Tidak cemburu buta.

.

Cemburu sememangnya dapat membuktikan tanda cinta dan sayang.   Namun, berikanlah kepercayaan dan saling setia kepada pasangan. Yakinlah pada suami anda dan jangan jadi wanita yang menyekat pergerakan suami kerana dibimbangi suami anda akan jadi rimas. Lain pula jadinya nanti.

. 

13. Penuh kasih sayang.

.

Kasih sayang yang ikhlas akan memberikan impak yang sangat baik terhadap hubungan suami isteri. Kasih dan sayang pasti dapat mengutuhkan lagi hubungan tersebut. Lagipun, setiap manusia memerlukan kasih sayang dan itulah juga tujuan kita berkahwin, betul kan?

.

14. Wanita yang tidak pemalas.

.

Jika si isteri seorang yang pemalas, nampaknya sukar untuk diperkatakan. Urusan rumahtangga harus dilakukan bersama. Namun, jika isteri seorang suri rumah dan suami bekerja, sudah tentu suami akan meletakkan tanggungjawab sepanjang ketiadaannya kepada isteri. Maka, isteri solehah perlulah jadi rajin dan tahu untuk uruskan rumahtangga.   Barulah hidup lengkap melengkapi dan aman sentosa.

. 

15. Manjakanlah suami.

.

Ketika suami sedang berada di rumah, janganlah menyibukkan diri dengan melakukan ibadah-ibadah sunnah yang boleh menghalangi suami untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya, kecuali bila suami mengizinkan. Jika sudah berumah tangga, isteri adalah ladang bagi suaminya, dan disitulah ladang pahala bagi keduanya. seperti dikatakan dalam sebuah hadis:

.

 Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunnah) sementara suaminya berada di rumah kecuali dengan izinnya. (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)

 .

16. Melayan suami dengan penuh keikhlasan.

.

Semasa dihadapan suami, janganlah buat muka yang tidak sepatutnya, dahi berkerut mahupun bibir muncung kerana penat mahupun tiada mood. Tambahan lagi, jangan pula menolak ajakan suami untuk bersenang-senang dengan anda kerana Allah swt sangat tidak menyukai hal tersebut.

.

17. Mampu menghibur suami yang bersedih atau ditimpa masalah.

.

Semasa suami sedang bersedih atau menghadapi masalah, usahlah para isteri mengeruhkan lagi keadaan. Pada masa inilah si isteri perlu ambil tindakan sebagai ‘ubat penenang’ kepada suami. Hiburkan suami, dengar  sebaik-baiknya ataupun berikan idea terbaik untuk selesaikan masalah tersebut.

 .

18. Wanita yang cerdas.

.

Isteri yang cerdas adalah dambaan semua lelaki. Kenapa ya?kerana lelaki mengimpikan anak-anaknya lahir dari wanita solehah yang cerdas. Wanita cerdas diyakini mampu merawat, membimbing dan mendidik zuriatnya dengan berbagai ilmu dan akhlak mulia.

.

19. Wanita yang mempunyai sifat keibuan.

.

Ya, inilah yang sangat diperlukan pada diri setiap wanita. Kelembutan,ketabahan, kesabaran dan pengorbanan dalam mendidik dan membesarkan anak-anaklah yang menjadikan wanita itu solehah dan bererti di mata lelaki. Suami pasti berbangga memiliki isteri yang dapat menguruskan anak-anaknya kelak.

. 

Demikianlah artikel berkenaan ciri-ciri wanita solehah dambaan suami. Bagi yang belum berumahtangga, teruskan usaha dan ikhtiarlah dengan pelbagai cara sekalipun selagi masih berlandaskan syariat islam. Jangan mengalah untuk mencari jodoh.

.

poster tilljannah

 

Bagi yang sudah berumahtangga, belum terlambat untuk anda mengubah diri dan kehidupan berkeluarga anda. In shaa Allah niat murni kita untuk memberikan keharmonian dalam rumah tangga akan tercapai.

Jadilah isteri dambaan suami!

Ciri-ciri Wanita Solehah Dambaan Suami

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”

 (HR Muslim)

.

Untuk para isteri dan bakal seorang isteri yang solehah, anda perlu tahu apa yang disukai oleh suami anda kerana banyak sifat dan ciri-ciri wanita solehah yang sangat didambakan oleh para suami. Pengetahuan ini perlu dikongsi dan diamalkan supaya dapat membentuk baitul muslim yang harmoni, tenang serta

mawaddah wa rahmah.

.

Sebagai seorang lelaki soleh, tentu anda inginkan wanita yang mempunyai sifat-sifat solehah yang mampu memberi ketenteraman kepada hati dan membawa kepada keberkatan dalam keluarga yang dipimpin.

.

Berikut ada beberapa sifat dan ciri-ciri wanita solehah dambaan lelaki soleh yang sesuai dengan ajaran

agama Islam. 

.

  1. Wanita yang taat dan bertaqwa kepada Allah SWT dan faham agama.

.

 Wanita dinikahi kerana empat faktor iaitu kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka dapatkanlah wanita yang taat beragama nescaya kamu akan beruntung

(HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466). 

.

Rasulullah Saw melarang lelaki mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana dengan kecantikan boleh membuatkan dia menjadi sombong dan kecantikan itu akan berkurang bila meningkatnya usia.

.

Dan jangan pula mengahwini wanita kerana hartanya, mungkin boleh jadi dengan kekayaannya menjadikan dia wanita yang terlalu ego dan kuat melawan.

.

Tetapi kahwinilah wanita kerana agamanya. “Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam tetapi beragama itu lebih baik”.(HR Ibnu Majah) . Bekalan ilmu agama, ayat Al-quran dan ilmu berumahtangga itu lebih penting dalam membentuk keluarga yang diredhai.

. 

  1. Wanita yang boleh membaca Al-Qur’an.

.

Sangat penting bagi wanita untuk pandai melantunkan dan membaca ayat Al-Qur’an dan lebih bagus lagi menghafalnya. Hal ini kerana pahala membaca Al-Qur’an sangat luar biasa dan ia adalah mukjizat yang Allah jamin kemurniannya.

.

Untuk pengetahuan semua, antara kebaikan Al-Qur’an adalah dapat merangsang perkembangan otak anak dan meningkatkan kebijaksanaanya. Ketika hamil banyakkan memperdengarkan ayat Al-Qur’an  agar generasi yang dilahirkan menjadi cerdas dan berakhlak mulia.

. 

  1. Wanita yang menjaga aib dan rahsia suami.

.

Seorang isteri solehah pasti menjaga aib suami, rahsia suami isteri disembunyikan sebaik-baiknya sehinggakan anak-anak serumah pun tidak mengetahuinya.

.

Peliharalah mulut agar tidak berkongsi cerita rumah tangga kepada jiran-jiran mahupun kawan-kawan

di pejabat.

. 

  1. Tidak mudah marah kepada suami.

.

Jadilah isteri yang penyabar dan lembut hatinya. Jika berasa hendak marah, terus beristighfar kepada Allah. Marah itu nafsu, disokong pula oleh syaitan yang sangat suka melihat sesebuah hubungan suami isteri itu goyah.  Jangan biarkan hubungan goyah kerana hal-hal kecil yang boleh diselesaikan secara bijak.

  1. Wanita yang berakhlak mulia.

.

Senantiasa menjaga tutur bahasa, santun dalam berbicara, lembut perangainya dan berperilaku sopan terhadap suaminya. Selitkan sekali kebijaksanaan dalam menguruskan rumahtangga, pasti suami menjadi lebih sayang dan menghormati anda sebagai wanita!

  1. Selalu menyenangkan hati suaminya.

.

Wanita solehah selalu mempamerkan wajah ceria dan romantik dihadapan suaminya. Wajah ceria dan layanan yang baik mampu menghilangkan penat dan menenangkan jiwa para suami. 

  1. Memberi perhatian kepada suami.

.

Bagaimana ya hendak memberi perhatian? Mudah sahaja, isteri solehah perlu memberi perhatian sekecil-kecil perkara hinggalah yang besar, walaupun tak dapat buat semua, tapi perlu ambil tahu. Contoh, siapkan pakaian untuk suami, membersihkan tempat tidurnya, mengambil berat, memberi senyuman dan mencium tangannya ketika hendak berpisah (seketika/pergi kerja).

  1. Menerima dan menghargai setiap apa yang suami berikan.

.

Terimalah apa sahaja pemberian suami walaupun pemberian itu tidak cukup berharga. Bersyukur dan bergembiralah kerana suami anda telah berusaha untuk membahagiakan diri anda.

  1. Taat pada perintah suami.

.

Taat dan patuhlah perintah suami anda selagi perkara tersebut bukanlah perkara maksiat dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

.

  1. Bersolek hanya untuk suami dan tidak berlebihan dalam bersolek.

.

Setiap lelaki sememangnya inginkan isterinya cantik, wangi dan bersih serta mampu memberi aura positif. Jika isterinya berbau busuk dan tidak cantik, pasti suaminya berasa tidak selesa dan menjauhkan diri. Cantik bukan bererti bentuk fizikal sahaja, tetapi cantik yang dimaksudkan adalah sesuatu yang sangat subjektif.  

.

Bersambung…