Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar

Perkahwinan itu merupakan penyatuan dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab dan kabul yang sah mengikut syariat Islam. Akad ijab dan kabul itu sendiri bukan hanya suatu perjanjian antara manusia tetapi sebenarnya perjanjian dengan Allah. Bermakna, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketakwaan kepada Allah swt dan pematuhan terhadap peraturan yang perlu dijaga sepanjang tempoh perkahwinan.

.

Hakikatnya, jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah swt. Malah bagi kita sebagai seorang muslim, perlu berpegang pada Rukun Iman keenam ini, iaitu Beriman Kepada Qada’ dan Qadar. Sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa keizinan dari Allah swt. Namun jangan pula kita hanya menunggu jodoh kerana kita juga perlu berikhtiar mencarinya sebagai asbab untuk jodoh itu sampai kepada kita.

.

Sebagai salah satu ikhtiar adalah menyertai Portal  Cari Jodoh Muslim ini iaitu www.tilljannah.my

poster tilljannah

.

Sesungguhnya berkahwin dapat menyelamatkan diri daripada nafsu syahwat yang tidak terkawal. Dalam hadis Nabi menyatakan:

.

“Wahai segenap pemuda, barang siapa yang mampu memikul beban berkeluarga hendaklah kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat mengawal mata dan kemaluan, tapi barang siapa belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu benteng baginya.” (HR Bukhari)  

.

Kesimpulannya, bagi setiap insan yang masih belum bertemu jodoh, mereka perlu berikhtiar mencari jodoh yang terbaik buat mereka. Bagi sang lelaki, carilah wanita yang baik untuk menjadi ibu kepada zuriatmu. Bagi wanita, jangan ambil pepatah lapuk, perigi mencari timba. Pepatah ini sudah tidak sesuai lagi. Beranilah dalam menyatakan perkara yang anda inginkan.

.

Sesungguhnya Allah swt bersama-sama dengan hambaNya terutama yang benar-benar mengharapkan keredhaan dan bantuanNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *