Notification × Borang anda telah berjaya dihantar. Sila tunggu sementara pihak TillJannah.my meluluskan permohonan anda Upgrade akaun anda sekarang kepada ahli premium. Hanya dari serendah 21 sen sehari !!! Sila gunakan browser Google Chrome pada desktop ataupun smartphone anda untuk penggunaan website yang lebih lancar

Terma Dan Syarat



  1. 1.Hanya pengguna yang benar-benar mempunyai niat untuk berkahwin dan setuju untuk patuh sepenuhnya kepada syariat dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama Islam dibenarkan mendaftar.

  2. 2.Setiap akaun yang telah didaftarkan tidak boleh dipindah milik dan dikongsi dengan sesiapa. Setiap butiran calon lain hanya boleh dilihat oleh pengguna yang berdaftar. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi calon lain kepada pihak lain. Jika ini berlaku juga, anda telah bersikap tidak amanah dan sudah tentunya akan dipersoalkan kelak di akhirat. Tindakan tegas juga mungkin diambil jika sebarang aduan diterima.

  3. 3.Sekiranya anda telah bertemu jodoh dan ingin memadamkan akaun anda, anda boleh emel kepada salam@tilljannah.my. Jangan lupa juga berikan testimonial kepada kami jika anda berjaya bertemu jodoh di portal ini. Hadiah menarik menanti anda tertakluk kepada terma dan syarat.

  4. 4.Pihak TillJannah.my mempunyai sepenuhnya kuasa dan budi bicara untuk memberikan amaran serta menutup akaun serta lain-lain tindakan yang perlu jika disyaki mana-mana pengguna telah membuat penipuan, mempermainkan pengguna lain, memberikan maklumat palsu, dan atas apa juga sebab yang lain. Pihak TillJannah.my juga boleh mengambil tindakan ini pada bila-bila masa serta tanpa sebarang notis atau amaran. Oleh itu, diharapkan agar semua pengguna sentiasa bersikap jujur, amanah dan bertindaklah pada setiap masa sebagai seorang muslim yang baik dan bertakwa.
  5. 5.Pihak TillJannah.my tidak bertanggungjawab untuk menyemak kesahihan setiap maklumat dan butiran yang diberikan oleh pengguna di portal ini. Adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai pengguna untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan. Ikuti panduan keselamatan yang telah diberikan oleh pihak TillJannah.my dan jangan ragu-ragu untuk membuat laporan polis segera sekiranya perlu.

  6. 6.Pihak TillJannah.my tidak bertanggungjawab di atas sebarang artikel dan tulisan yang disiarkan di portal TillJannah.my. Ianya adalah pandangan oleh pihak penulis dan tidak semestinya mewakili pihak TillJannah.my.

  7. 7.Walaupun langkah-langkah yang dirasakan perlu oleh pihak TillJannah.my telah diambil, namun pihak TillJannah.my tidak sesekali memberikan jaminan bahawa laman web dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak TillJannah.my adalah bebas daripada ancaman virus, pencerobohan, mengandungi maklumat yang tepat pada setiap masa dan juga bebas daripada sebarang kesilapan dan kekurangan lain. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas risiko yang mungkin dihadapi sepanjang menggunakan portal TillJannah.my termasuklah pencerobohan data peribadi pengguna yang telah dihantar kepada pihak kami.

  8. 8.Pihak TillJannah.my dalam apa juga keadaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kemalangan, akibat dan tuntutan yang mungkin timbul hasil daripada perkhidmatan yang ditawarkan di Portal TillJannah.my. Ini termasuklah sama ada ianya berpunca daripada kecuaian pengguna mahu pun kecuaian pihak TillJannah.my sendiri. Ini juga termasuk sebarang tuntutan kos serta gantirugi oleh pengguna mahu pun mana-mana pihak yang lain.

  9. 9.Terma dan syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Tiada pengumuman perlu dibuat oleh pihak TillJannah.my jika terdapat sebarang perubahan terma dan syarat. Terma dan syarat yang terkini disiarkan pada tarikh semasa di portal ini adalah yang terbaharu dan akan digunapakai serta dikuatkuasakan. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk sentiasa melihat kemaskini terma dan syarat di portal ini dari semasa ke semasa.