8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No8

#No8 Kedekut

.

Kemudahan dalam mendapatkan jodoh dapat dilakukan dengan cara bersedekah.  Jodoh itu rezeki. Semakin banyak kita bersedekah, semakin digandakan rezeki.

.

Janganlah kita jadi orang yang kedekut. Rezeki yang kita peroleh adalah dari Allah, Dia berhak memberi dan menarik bila-bila masa sahaja. Selain itu, terdapat banyak kisah-kisah yang menjelaskan jodoh dapat dijemput dengan cara bersedekah.

.

Bersedekah boleh dibuat dengan pelbagai cara: sama ada duit, harta, tenaga kerja, senyuman dan macam-macam lagi! Orang yang serba kekurangan pun boleh bersedekah. Mudah bukan?

.

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda

“ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”

( HR Muslim dan Tirmidzi )

.

poster tilljannah

8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No7

#No7 Memakan Makanan Yang Haram

.

Urusan di dunia ini tidak lepas dari namanya halal dan haram. Menggunakan barang atau memakan makanan yang haram dapat menjauhkan seseorang dari mendapatkan rezeki.

.

Ketika anda rasa sukar untuk mendapatkan jodoh, cubalah muhasabah diri apakah selama ini makanan yang dimakan merupakan makanan dari hasil yang haram atau halal?

.

Untuk mereka yang ‘berada’, cubalah semak adakah harta dan kekayaan yang dimiliki sudah dibayar zakat? Hal ini kerana zakat tersebut merupakan hak orang lain yang Allah amanahkan kepada kita.

.

Setelah ‘suci’, in Shaa Allah semua perkara yang dipohon diperkenankan olehNya. Jodoh pun mudah untuk datang.

.

poster tilljannah

8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No6

#No6 Mengumpat Dan Mengadu Domba

.

Perbuatan yang kadang-kadang kita rasa ianya bukanlah satu dosa, contohnya mengumpat sebenarnya ternyata dapat menghalang seseorang dalam mendapatkan jodoh. Bahkan mengumpat yang terarah kepada mengadu domba jauh lebih buruk dimana terjadi fitnah yang akan merugikan  dirinya pula.

.

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian dari prasangka adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang lain dan jangan mengumpat antara satu sama lain. Adakah di antara kalian yang suka memakan daging bangkai saudaranya sendiri? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya”

(Surah Al-Hujurat: 12)

.

Mengumpat dan mengadu domba juga merosakkan hubungan kita sesama manusia dan secara tidak langsung hubungan kita dengan Allah Swt. Insaf dan sedarlah, perilaku sebegini hanya menyebabkan hidup jadi huru-hara. Perbaiki hubungan dengan manusia dan Allah, In shaa Allah manusia sayang, Allah pandang, jodoh datang!

.poster tilljannah

8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No5

#No5 Memutuskan Hubungan Silaturrahim

.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu;dan bertaqwalah kepada Allah Swt supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah Al-Hujurat : 10)

.

Cuba lihat kembali hubungan kita dengan adik-beradik, sanak-saudara, jiran-jiran mahupun rakan sekerja. Adakah ada antara kita yang bertelingkah, bermasam muka ataupun memutuskan hubungan? Eratkanlah kembali hubungan sesama kita kerana Allah swt.

.

Mohon maaf dan mesra-mesrakan diri agar hidup kita dan mereka lebih bermakna dan ceria. Mungkin dengan mempunyai silaturrahim yang baik akan memudahkan urusan jodoh, siapa sangka kan?

.

poster tilljannah

8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No4

#No4 Dosa Terhadap Ibu Bapa

.

Ibu bapa menjadi sebab hadirnya kita lahir dan hidup di dunia ini. Dengan melakukan dosa terhadap keduanya ataupun salah seorang daripadanya, maka Allah akan murka dan menutup segala sumber rezeki dimana jodoh juga termasuk di dalamnya.

.

Ini kerana, redha Allah Swt bergantung pada redha ibu bapanya dan murka Allah Swt bergantung pada murka ibu bapanya.

.

Dalam Al-Quran, seseorang yang mengatakan “ah” saja pada ibu bapanya akan membuat Allah murka. Apatah lagi dengan melakukan dosa-dosa lain.

.

Mudah kata, berdosa pada ibu bapa menjadi penyebab dari jauhnya jodoh yang menghampiri kita. Jadi, perbaiki hubungan dengan ibu bapa, mohon ampun daripada mereka dan jaga mereka sebaik-baiknya.

.

Bukan sahaja jodoh dipermudahkan, malahan rezeki-rezeki lain juga melimpah ruah jika kita berbakti kepada mereka. In shaa Allah.

.

poster tilljannah

8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No3

#No3 Melakukan Zina

.

Salah satu dosa hina yang dibenci oleh Allah Swt adalah berzina. Dalam suatu kisah Nabi Musa a.s juga terdapat kes penolakan taubat atas perempuan yang sebelumnya telah berzina. Dengan erti kata lain, berzina akan membuatkan hubungan manusia dengan Penciptanya menjadi rosak sehingga urusan jodoh juga terhalang akibat daripada dosa keji tersebut.

.

Pernahkah anda melakukan dosa zina? Jika anda pernah melakukannya, segeralah bertaubat!! Bertaubatlah bersungguh-sungguh pada Allah dan mohon ampun atas dosa yang telah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dengan izin dan sifat Maha Pengampunnya, Allah akan menerima taubat seseorang yang ikhlas dan akan menunaikan doa-doa yang dipinta termasuklah urusan jodoh. In shaa Allah.

.

Ayat Al-Quran yang melarang kita mendekati Zina,

.

Menarik untuk diperhatikan, mengapa Tuhan  menggunakan istilah: Wala taqrabu al-zina’ (Janganlah kamu mendekati zina) (Surah Al-Isra’: 32)

.

Mengapa tidak dikatakan: “Jangan melakukan zina” (wa la taf’alu al-zina)? Tentu dengan mudah untuk difahami bahawa mendekati saja pun tidak boleh, apatah lagi melakukannya.

.

Say No To Zina!

poster tilljannah

8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No2

#No2 Melalaikan Perintah Solat

.

Salah satu perintah yang diwajibkan kepada umat Islam adalah solat. Solat merupakan ibadah umat Islam yang tidak boleh ditinggalkan sedikitpun. Dengan meninggalkan ataupun jarang melakukan solat, sebenarnya memberi kesan bahawa Allah Swt juga tidak akan cepat memberi respon terhadap keinginan makhluknya  tersebut dalam urusan jodoh.

.

Selain meninggalkan solat, seringkali terjadi masalah suka menunda-nundakan solat hingga sampai ke akhir waktu. Kenapa ini boleh berlaku? Semuanya disebabkan oleh kesibukan dunia yang melalaikan sehingga kita lupa pada kewajipan terhadap pencipta dunia. Jadi, jangan hairan jika Allah Swt tidak mengutamakan setiap doa-doa yang dipanjatkan orang tersebut termasuk hal jodoh. Setuju?

.

“Maka kecelakaan besar bagi orang-orang (ahli solat) iaitu lalai daripada menyempurnakan solatnya.”

(Surah Al Ma’un : 4&5)

.

poster tilljannah

8 Dosa Yang Mungkin Menjadi Penghalang Datangnya Jodoh #No1

#No1 Syirik Kepada Allah SWT.

.

Perbuatan syirik merupakan perilaku yang jatuh ke lembah dosa besar. Syirik membawa maksud perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

.

Contohnya, apabila jodoh tak kunjung tiba, bukan doa dan ibadah menjadi senjata. Tetapi ada yang memilih untuk berjumpa dukun, bomoh atau mengamalkan sesuatu yang tidak ada dalil Al-Quran mahupun sunnah Rasulullah Saw. Antaranya mandi bunga dengan niat membuang sial dan sebagainya. Dengan melakukan perbuatan syirik, seseorang memang benar-benar tersesat dari jalan yang lurus.

.

Sepatutnya apa yang perlu dilakukan adalah :

.

  1. Memperbetulkan diri dalam beribadah: contohnya, adakah solat kita sudah sempurna?
  2. Memperbaiki hubungan dengan Allah Swt.
  3. Lakukan pencarian jodoh dengan cara yang Islamik. Gunakan cara taaruf dan memilih pasangan yang baik dan berpegang pada Islam.

.

poster tilljannah

.

Bertepatan dengan ayat berikut:

.

“Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah Swt.” (Surah Luqman ; 33)

.

Janganlah kerana terlalu mengejar jodoh, kita sanggup melakukan perbuatan yang berdosa besar!

Wahai Sahabatku…Pesananku Tentang Jodoh

Sahabat…

.

Allah Swt telah menciptakan makhluknya di dunia ini secara berpasang-pasangan, iaitu lelaki dan perempuan.

Tetapi sesebuah hubungan itu perlu mempunyai ikatan yang sah iaitu melalui akad pernikahan. Bukan berpasang-pasangan secara haram.

.

“Dan antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan antaramu rasa kasih dan saying. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” Surah Ar-Rum :21

.

Menikah merupakan bukti seseorang telah menyempurnakan separuh agamanya. Allah Swt menciptakan manusia dengan jodohnya masing-masing. Ada yang dipertemukan jodohnya pada saat usia seseorang masih muda dan ada pula yang semakin bertambah usia seseorang, namun jodoh belum juga tampak batang hidungnya.  Bahkan tanda-tandanya pun belum kelihatan.

.

poster tilljannah

.

Sahabat…

.

Mungkin ramai yang sedang membaca artikel ini sedang mengalami hal yang demikian. Boleh dikatakan jiwanya semakin kacau apabila tahun berganti tahun, namun dirinya masih berstatus bujang. Padahal usianya bukan semakin muda tetapi semakin bertambah dan terus bertambah. Situasi seperti ini pasti memberi rasa tidak selesa kepada anda, betul kan?

.

Namun, bersangka baiklah kepada Allah Swt kerana apa yang kita fikirkan baik belum tentu baik menurut Allah Swt. Begitu juga sebaliknya, mungkin kita rasa sesuatu itu buruk dan kita bencikannya, tapi mungkin itu baik di sisi Allah Swt. Dan Allah Swt mempunyai cara tersendiri dalam menyayangi hambaNya termasuklaah masalah jodoh. Mungkin pula Dia ingin kita mendapatkan orang yang betul-betul baik ibadahnya sehingga disuruh bersabar sampai masanya tiba.

.

Sahabat…

.

Barangkali juga Allah Swt ingin agar kita lebih khusyuk lagi dalam beribadah dan bersedekah serta berbuat baik. Atau mungkin masih banyak orang disekeliling kita yang perlu diberi perhatian, lalu Allah Swt menunda jodoh sampai pada suatu waktu yang tepat dan sesuai.

.

Tapi, untuk berusaha mendapatkannya harus tetap dilakukan. Jangan pernah ada kata menyerah dan pasrah. Luaskan jaringan perkenalan yang positif atau minta bantuan saudara-mara dan kawan-kawan.

.

poster tilljannah

Semoga kalian yang sedang mencari jodoh segera dipertemukannya. Aamiin..

Sumber asal : Islampos

Doa Pendekat Jodoh

Sebagai manusia, Allah swt telah memberikan kita akal fikiran agar dapat berfikir dan melakukan sesuatu perkara dengan baik bukannya berlandaskan nafsu semata-mata. Begitu juga tentang kehidupan berpasangan. Manusia muslim  yang normal pastinya mengimpikan suatu saat untuk melakukan perhubungan halal melalui akad pernikahan.

.

Seperti dalam firman Allah swt yang berbunyi :

.

“Antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya  yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”.

Surah Ar-Rum: 21.

.

Tetapi yang menjadi persoalan siapakah jodoh yang akan diberikan oleh Allah swt untuk kita dan banyak juga kes kesukaran dalam mencari jodoh. Lebih parah apabila pencari jodoh ini sampai ke tahap berputus asa dan berhenti mencari kerana hilang keyakinan dan  berasa diri sudah tua.

.

Usahlah berputus asa sehingga menolak fitrah perkahwinan, mungkin ada ikhtiar lain yang boleh dilakukan.

.

poster tilljannah

.

Antara kunci utama pencarian jodoh adalah berdoa.

.

Doa Pendekat Jodoh

doajodoh

Sumber 

.

Berdoa boleh dilakukan dimana-mana sekalipun terutamanya selepas menunaikan solat. Sertakan sekali dengan zikir dan ibadah sunah yang lain. In shaa Allah, yakinlah dengan Allah swt yang mencipta kita dan Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu.