Hukum Perkahwinan Dalam Islam

Wajib :

.

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam konteks ini, mampu bermaksud ia boleh membayar mahar (mas kahwin) dan mampu memberi nafkah kepada bakal isterinya. 

.

Sunat :

.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

.

Harus :

.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

.

Antara ikhtiar yang boleh digunakan untuk mendapatkan jodoh adalah melalui Portal Cari Jodoh Muslim, www.tilljannah.my.

.

poster tilljannah

.

Makruh :

.

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

.

Haram :

.

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

.

Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak. Tujuannya adalah untuk melahirkan muslim yang mukmin utk agama, bangsa dan negara. Anak-anak yang berkualitilah yang akan meneruskan perjuangan agama! Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak.

.

Bagi yang sedang mencari jodoh, ikhtiarlah sebaik mungkin.

.

poster tilljannah