7 Perkara Yang Harus Disegerakan

1. Segera BERTAUBAT sebelum ajal
Segera bertaubat kepada Allah dengan benar-benar taubat (Taubat Nasuha) dari dosa-dosa yang pernah dibuat. Jika berbuat salah kepada manusia segeralah memohon ampun dan meminta maaf kepada mereka juga.

2. Segera tunaikan SOLAT di awal waktu
Banyak di antara kita yang sering menunda-nunda atau melengahkan waktu solat. Sudah masuk waktu dan sudah terdengar azan tetapi tidak segera melaksanakan solat. Bagi kaum lelaki, seeloknya berjemaah di surau jika mampu. Kepada kaum wanita, segerakan solat.

3. Segera tunaikan ZAKAT.
Zakat dari segi istilah adalah mengeluarkan sebahagian harta yang dimilik kepada yang berhak menerimanya menurut syari’at islam. Ia diberikan kepada yang berhak menerima dari kalangan fakir serta mereka yang diterangkan dalam Al-Quran. Di antara manfaatnya adalah dapat menyucikan harta, menghibur jiwa orang-orang fakir dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

banner malaysiakini

4. Segera laksanakan HAJI
Seperti semua umat islam tahu rukun islam kelima adalah menunaikan haji bagi yang mampu. Haji merupakan bentuk ibadah kepada Allah. Ketika haji umat islam dari segala penjuru dapat berkumpul dan bertemu di satu tempat. Dan mengenakan satu jenis pakaian sahaja. Tiada perbezaan antara pemimpin atau yang dipimpin, kaya atau miskin, kulit putih atau hitam. Semua adalah makhluk Allah.

5. Segera selesaikan HUTANG
Bila sudah mampu dan cukup, bayarlah hutang anda. Jangan ditunda-tunda mahupun buat-buat lupa kerana hati tidak akan tenang jika hutang masih tidak diselesaikan dan menjadi susah di alam kubur nanti.

6. Segera minta MAAF.
Siapa pun kita pasti ada melakukan kesalahan. Salah satu cara orang bertaqwa adalah memaafkan kesalahan orang lain. Memang bukan mudah untuk memaafkan orang yang telah buat salah pada kita. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. Masyarakat akan hidup dalam aman damai jika saling maaf memaafi antara satu sama lain kerana manusia tidak terlepas daripada kesalahan.

logo TJ
7. Segera NIKAH
Menikahkan anak perempuan, hal ini penting diketahui bagi orang tua atau wali nikah yang punya tanggungjawab dan kewajipan untuk menikahkan anak perempuannya untuk mengelakkan fitnah. Oleh itu, nikahkan dengan segera jika ada insan yang sudah saling mencintai dan saling mengenali.

10 Sikap Lelaki Yang Dibenci Wanita

Lelaki memang berbeza dari wanita. Sama ada dari segi percakapan, gaya, gerak-geri dan sebagainya. Sebab itulah terdapat beberapa sikap lelaki yang dibenci oleh wanita.

1. Meninggikan Suara
Lelaki mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tidak eloklah.

2. Pengotor
Segelintir lelaki tidak menyedari diri mereka ini ada yang pengotor. Seperti contoh meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju sama berulang kali tanpa basuh sehinggakan badan sudah berbau semacam pun masih tidak sedar.

3. Mengongkong
Lelaki yang suka kontrol, semua benda tak kena di matanya. Segala gerak-geri kekasih dikawal. Kalau kekasihnya nak keluar ke kedai pun kena report dahulu, kalau tidak boleh tercetusnya bergaduh.

4. Ego
Ini adalah masalah yang paling merimaskan oleh wanita. Keegoan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Dengan sikap ini membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin wanita. Tidak salah mempunyai ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

banner malaysiakini

5. Menipu
Lelaki yang suka memberikan alasan yang tidak munasabah, ada je alasan yang hendak di beri. Sanggup memungkiri janji dan memberi alasan yang mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di elakkan padahal mereka enggan melaksanakan janji mereka. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana wanita lebih menghormati anda yang memiliki sifat jujur.

6. Panas Baran
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri lelaki itu sendiri tapi tetap menyalahkan orang lain. Ada yang sampai sepak terajang bila tengah marah. Ini yang membuatkan kaum wanita fobia jika terdapat lelaki yang panas baran. Cubalah untuk kawal sikap panas baran ini.

7. Cemburu Buta
Orang kata cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal tentu rasa tidak selesa juga. Harus diingatkan, bukan semua perempuan suka lelaki yang kuat cemburu. Boleh kalau nak cemburu tapi janganlah sampai cemburu buta.

8. Pentingkan diri sendiri
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa pedulikan pasangannya. Mereka ini juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasihnya.

logo TJ
9. Kurang Memberi Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa. Tidak amik kisah hal kekasihnya. Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberi perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat wanita ingin disayangi.

10. Tidak Tahu Menghargai
Ada lelaki yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala tunjukkan sikap anda yang menghargai wanita dengan memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali wanita itu cuba berbuat sesuatu untuk anda.

Akhir sekali, pada kaum lelaki cuba ambil tahu dan berubahlah untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama. Tidak rugi pun kalau berubah untuk membahagiakan orang yang anda sayang.

logo TJ

KAHWIN DULU vs KAHWIN SEKARANG

Jom kita tengok 10 perkara perbezaan majlis perkahwinan zaman dahulu dengan sekarang.

DULU
1. Satu kampung / taman sibuk membahagikan tugas masing-masing untuk dibuat ketika majlis berlangsung.
2. Seminggu nak langsung pengantin perempuan tak boleh keluar rumah untuk menjaga seri pengantin (darah manis).
3. Pengantin dulu banyak persalinan baju terutama untuk pengantin perempuan. Malam berinai lain, sanding lain. Boleh di katakan dekat 7-10 pasang baju.
4. Mak andam dulu, makeup pengantin perempuan naik takut tengok sebab setebal alam.
5. Sedara mara, sepupu semua pakat bertandang tidur di rumah pengantin dari 3 hari sebelum majlis langsung untuk tolong-menolong keluarga pengantin.
6. Hantaran dulu semuanya standard seperti sirih junjung, kuih-muih, manisan, pulut kuning dan sebagainya. Kebanyakannya buat sendiri.
7. Pakaian pengantin dulu sama sahaja satu kaler dan material kain pun songket sahaja. Tak banyak pilihan.
8. Dulu-dulu amik gambar selalu pose atas katil, peluk-peluk, tenung sesama sendiri. Kalau atas pelamin pulak malu-malu kucing, nak pandang pun segan. Asyik tunduk je. Makan beradab pulak penuh dengan sopan .
9. Pengantin dulu lepas selesai majlis sanding dan semua tetamu dah balik, pengantin akan sibuk turun ke dapur basuh periuk belanga dan tolong kemas-kemas.
10. Gambar kahwin dulu nak cuci gambar dan frame kan ikut size besar sahaja, tiada soft copy. Album kahwin pun tebal-tebal pakai buku album.

banner malaysiakini

SEKARANG
1. Tak perlu susah payah kerana ada caterer yang boleh membantu. Hanya sediakan duit sahaja.
2. Pengantin perempuan esok nak langsung boleh lagi keluar jalan-jalan, membeli barang yang masih tak lengkap.
3. Kahwin sekarang, dah tak perlu banyak baju hanya cukup dua pasang. Nikah dan majlis. Ada setengah majlis nikah sekali dengan sanding.
4. Tukang makeup pulak, lebih kepada makeup simple atau natural sahaja. Nampak lagi kemas dan cantik.
5. Saudara mara pulak, kalau boleh tidak mahu tidur di rumah pengantin. Lebih suka tidur di hotel atau homestay.
6. Hantaran kahwin sekarang semua mewah. Seperti handphone, Ipad, Perfume mewah dan macam lagi. Hiasan hantaran semuanya beli je.
7. Pakaian pengantin sekarang, bermacam design dan warna. Ada yang berlabuci banyak, ada yang beli dari luar Negara. Dan material pun bermacam-macam jenis. Tambahan pula ada bribesmaid lagi.
8. Pengantin bergambar sekarang semakin sempoi. Bermacam-macam pose. Jurugambar pun banyak idea pose untuk diberikan kepada pengantin untuk bergambar. Siap ada outdoor lagi.
9. Pengantin sekarang tidak sibuk dah untuk mencuci periuk belanga kerana semua dah disiapkan oleh pihak caterer.
10. Gambar kahwin sekarang ni boleh di upload dan buat soft copy sahaja. Boleh di upload di dalam laman sosial untuk kenangan.

10 perkara di atas hanyalah sebahagian, anda sendiri pasti dapat senaraikan apa lagi perbezaannya bukan?

logo TJ

Cara Membina Keluarga Bahagia

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Setiap manusia juga inginkan sebuah keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan keluarga bahagia.

1. Menunjukkan Contoh Teladan Yang Baik Kepada Anak-Anak
Anak adalah tanggungjawab besar yang diamanahkan. Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik kepada mereka kerana mereka yang paling kerap berada dengan kita. Tutur kata yang sopan dan lemah lembut juga akan dapat keharmonian dalam keluarga. Elakkan sikap negatif seperti bergaduh, maki hamun dan penderaan.

2. Mengawasi Aktiviti Anak-Anak
Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan yang buruk akhlak dan sikap yang buruk. Kerana anak-anak yang sedang membesar semestinya banyak terpengaruh dengan rakannya. Darah muda membuatkan mereka akan memberontak untuk melakukan perkara yang baru.

3. Mencurahkan Kasih Sayang Dan Meluangkan Masa Bersama
Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Namun begitu, pada zaman kini mencari rezeki sememangnya sangat mencabar. Kadangkala tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak diabaikan kerana terlalu sibuk. Sepatutnya ibu bapa seharusnya pandai memberi masa dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

banner malaysiakini

4. Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi
Terdapat pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja sekarang pastinya akan merisaukan anda sebagai ibu bapa. Oleh itu, berikan didikan agama dan moral yang mencukupi kerana ia dapat membantu membentuk nilai sahsiah yang tinggi dan sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia.

5. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain
Wujudkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam ahli keluarga. Jangan biarkan mereka meninggikan suara atau memanggil antara satu sama lain dengan panggilan yang tak elok.

6. Kerapkan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain
Komunikasi adalah cara membentuk keluarga bahagia. Jika komunikasi salah akan menimbulkan pelbagai impak yang tidak baik. Seperti contoh bergaduh dan bercerai. Sekiranya, terdapat salah faham antara satu sama lain, duduklah berbincang dengan elok. Luahkan segala masalah yang dihadapi.

logo TJ

Kesimpulannya, setiap ahli dalam keluarga perlulah memainkan peranan untuk membentuk keluarga bahagia. Saling menghormati, saling memahami dan saling memaafi antara ahli keluarga.

10 Tanda Suami Bahagia

Dalam setiap rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Setiap isteri mahu melihat suaminya bahagia bersamanya selalu. Terdapat 10 tanda suami anda bahagia bersama anda.

1. Sentiasa berhubung
Apabila suami pergi kerja mahupun ada urusan pekerjaan, dia akan menghubungi isterinya setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Dia juga selalu membuat laporan seperti menghantar Whatsapp kepada isterinya. Contohnya, dia memberi tahu bahawa dia sudah sampai ke tempat kerja.

2. Selalu sebut “I LOVE YOU”
Dia akan memberi tahu yang dia cintakan anda dan akan mengulanginya setiap hari bahawa dia amat sayang kepada anda.

3. Ringan Tulang
Dia juga suka membantu dan menguruskan hal dalam rumah kerana dia mahu meringankan beban anda. Dia akan mengemas dengan sukarela dan menguruskan hal rumah supaya anda berasa selesa. Selain itu, dia juga akan turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Kerana dia sedar bahawa mendidik anak bukan hanya terletak pada isteri semata-mata.

banner malaysiakini

4. Selalu Puji Isteri
Dia suka memberi pujian pada anda, dia suka memberi perhatian kepada anda dan segala benda yang anda lakukan dia akan memberi pujian. Dia juga tidak akan jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku kepada anda. Dia tidak akan menghamburkan kata-kata yang boleh mengguris hati anda.

5. Menjadi Penenang
Dia akan selalu ada bersama anda dan memeluk erat saat anda menangis dan mempunyai masalah. Apabila anda berasa kecewa, sakit hati dan sedih, dia akan ada untuk menenangkan anda. Dan dia juga akan berusaha memahami apa yang anda lalu.

6. Perkongsian Dari Hati Ke Hati
Ini adalah tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi segalanya dengan anda. Cerita sedih mahupun cerita gembira. Apabila dia terbuka untuk berkongsi masalahnya mahupun mengenai perancangannya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberi sokongan. Kerana dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya .

7. Selalu Peluk Dan Cium
Apabila dia pulang bekerja, dia akan menghadiahkan anda pelukan dan ciuman kasih sayang. Dengan itu anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira apabila pulang ke rumah dan bertemu dengan anda.

logo TJ

8. Tidak Malu Panggil “Sayang” Di Depan Orang Ramai
Tanda suami anda bersikap natural pada bila-bila masa. Suami yang panggil nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.

9. Tidak Malu Pegang Tangan Isteri Depan Orang
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih berpegang tangan. Ramai yang inginkan saat seperti itu kerana saat itu adalah yang paling manis.

10. Selalu Ajak Solat Berjemaah
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan mengajak isteri solat berjemaah bersamanya. Oleh kerana dia sayangkan isterinya dia mahukan isterinya mendapat pahala bersama-sama. Dan jika mempunyai anak, dia akan ajak anak-anaknya solat berjemaah bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.

Akhir sekali, kepada para lelaki ataupun suami hargailah isteri anda dan berilah kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk mereka. Dan untuk isteri pula, terimalah baik dan buruk suami anda. Dan hormatilah mereka sebagai suami. Barulah rumahtangga bahagia.

8 Sikap Wanita Yang Membuatkan Lelaki Cepat Bosan

Lelaki memerlukan wanita sebagai pendamping diri dan menjadi sumber kekuatan ketika dalam kekusutan. Akan tetapi, disebabkan sikap wanita yang sedemikian membuatkan lelaki menolak dan tidak suka akan sikap wanita tersebut.

1. Ambil Masa Lama Untuk Berdandan Dan Bersolek
Lelaki mudah bosan apabila terpaksa menunggu wanita bersiap hanya untuk keluar yang jaraknya hanya dekat. Walaupun nampak perkara itu kecil pada wanita, tetapi jika setiap kali mahu keluar dan lelaki terpaksa menunggu anda sehingga 2-3 jam untuk bersiap, tidak hairanlah lelaki bosan menunggu.

2. Lelaki Sensitif Bila Dilabel Mata Keranjang
Apabila melihat sesuatu yang cantik, mata kita tidak terlepas pandang untuk melihat. Sama juga apabila wanita melihat jejaka kacak, mereka juga akan melihat. Tetapi itu tidak bermakna mereka menaruh hati atau suka kepada wanita itu. Lelaki tidak suka dilemparkan tuduhan melulu dan cemburu melampau. Memang cemburu itu tandanya sayang, tapi kalau sudah berlebihan, lelaki akan berasa bosan.

3. Mengeluh Tiada Baju Sesuai
Apabila anda asyik mengeluh tiada baju, sedangkan baju anda sampai 2-3 almari dan kasut anda juga sampai 3 almari dan masih mengaku yang anda tidak ada baju yang sesuai untuk di pakai. Sedar atau tidak, anda telah membuatkan lelaki jadi bosan dan marah dengan anda kerana asyik mengeluh tiada baju.

banner malaysiakini

4. Salah Pilih Topik Bercerita
Tak salah jika ingin bercerita dan berkongsi pada pasangan anda. Tetapi biarlah berpada-pada. Kerana lelaki ini mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik dan asyik mengulangnya banyak kali. Apa salahnya, jika sekali sekala berborak mengenai sesuatu yang lawak ke. Jadi wanita kawallah perasaan anda.

5. Komen Tentang Penampilan Dan Berat Badan
Jangan mengkritik berat badan dan penampilan suami berlebihan. Memang tak salah menegur tapi pastikan perkataan yang digunakan perlulah sesuai dan jangan sampai menyinggung perasaan suami. Berilah nasihat dengan cara yang selamba atau berlawak jenaka supaya keadaan jadi lebih santai.

6. Terlalu Mengongkong
Lelaki tidak suka pada wanita sebegini. Kerana pada lelaki ia merimaskan dan langsung tidak punya pendapat sendiri. Sukar untuk lelaki dapat apa yang mereka mahukan bila bersama dengan wanita yang kuat mengongkong ini.

logo TJ

7. High Maintenance
Wanita yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi, sukakan barangan mewah, bunga, berlian yang mewah dan banyak. Tidak semua lelaki mampu memenuhi permintaan wanita sebegini kerana fikiran mereka ada lagi benda yang lebih penting untuk di beli.

8. Terlalu Mengejar Cita-cita
Wanita yang begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan lelaki takut mendekati mereka ini. Malahan juga, wanita sebegini merasakan untuk tidak kisah hidup tanpa lelaki kerana berasakan boleh berdikari di atas kejayaan sendiri.

Namun begitu, kepada kaum wanita di luar sana, cuba ubah sikap buruk itu agar mudah untuk lelaki mendekati anda. Akan tetapi, jangan terlampau terbuka kerana wanita juga ada kehormatan yang perlu di jaga.

10 Perkara Yang Membuatkan Wanita Menangis

Wanita diciptakan dengan perasaan dan hati yang lemah lembut. Sekuat mana pun wanita itu pasti akan menangis juga. Perasaan inilah yang membuatkan wanita menjadi lebih sensitif berbanding lelaki. Terdapat 10 sebab mengapa wanita sering bersedih dan menangis.

 

  1. Faktor Hormon

Bila wanita sudah memasuki saat hampir menopous, wanita lebih cenderung bersikap yang tidak seperti sebelumnya. Contoh seperti sering marah-marah, sukar mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal yang melibatkan perasaan. Kebiasaannya wanita yang sedang mengalami saat ini tidak dapat kontrol emosinya itulah yang dinamakan faktor hormon.

 

  1. Ingin Memanipulasi Keadaan

Rasa bersalah atau malu sering diungkapkan oleh wanita dengan menangis. Kerana semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari orang sekeliling atau kecewa dengan diri sendiri.

 

  1. Perasaan Emosi

Faktor emosi juga berperanan saat wanita sedang tertekan, sakit hati, penat dan masalah lain yang melibatkan perasaan. Saat perasaan emosi sedang memuncak dan tiada tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaan mereka akan menangis untuk melepaskan rasa sedih.

logo TJ

  1. Kehilangan

Apabila wanita merasa kehilangan sesuatu di dalam dirinya mahupun dalam hidupnya mereka akan menangis. Kerana sifat wanita yang selalu menjaga dan sayang dengan apa yang dimilikinya.

 

  1. Dibohongi

Apabila wanita merasa dirinya telah dibohongi , dia akan merasa kecewa dan sedih. Kerana dia akan berdiam diri dan memikir kenapa sampai dibohongi. Akhirnya mereka akan mengeluarkan air mata.

 

  1. Dilupakan

Wanita selalu inginkan perhatian. Wanita juga selalu ingin dikenang dan tidak mahu dilupakan. Seperti contoh pasangannya terlupa saat ulang tahun mereka. Maka wanita akan merasa dilupakan dan cenderung untuk bersedih dan menangis.

 

  1. Terharu

Perasaan terharu ini akan muncul ketika wanita mendengar atau melihat hal-hal menyentuh perasaan. Hal yang membahagiakan pun kadangkala boleh membuat wanita terharu dan menangis.

 

  1. Marah

Saat marah, wanita akan menangis, menjerit dan bersikap atau berkata kasar. Jika dalam situasi demikian, biasanya wanita inginkan perhatian, di dekati dan ada orang mendengar keluhannya sama ada ibu bapa, teman mahupun kekasih hati. Dengan cara itulah yang boleh melegakan amarahnya kerana wanita akan merasa kekuatan dan semangat dari orang-orang yang boleh membuatkan mereka tenang.

banner malaysiakini

  1. Teringat Sesuatu

Masa silam sama ada baik mahupun sebaliknya. Khususnya bagi kaum wanita, jika teringat kenangan manis biasa mereka akan tersenyum, tetapi jika teringat hal yang menyedihkan mereka akan berubah sikapnya dan reaksinya jugak akan berlainan jika mengingatkan kenangan tersebut.

 

  1. Tarik Perhatian

Setiap wanita inginkan perhatian terhadapnya. Jika orang yang dia sayang tidak menghiraukannya, mereka akan rasa tidak di sayangi dan akan merasa sedih.

Akhir sekali, wanita adalah makhluk yang paling mudah tersentuh hatinya. Jangan merasa perkara itu pelik, tetapi berusahalah untuk menutupi kekurangan itu untuk menjadi lebih baik.

Jadilah Sebaik-baik Manusia

Setiap orang mendambakan menjadi yang terbaik. Sebagai seorang muslim, orientasi hidup untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran manusia semata, tetapi kerana redha Allah Ta’ala. Berikut adalah beberapa nasihat atau ciri-ciri orang terbaik, semoga peroleh manfaat.
.
1. ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH
.
Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah Sebaik-baik makhluk.” (QS. Al Bayyinah: 7)
.
2. ORANG KAYA TAPI TAAT KEPADA ALLAH TA’ALA
.
Allah Ta’ala berfirman: “Dan Kami kurniakan kepada Daud, Sulaiman, Dia adalah sebaik- baik hamba. Sesungguhnya Dia Amat taat (kepada Tuhannya).” (QS. Sad: 30)
.
3. ORANG YANG DITIMPA UJIAN (PENYAKIT, MISKIN, MUSIBAH) TAPI BERSABAR DAN TAAT
.
Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami dapati Dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah Sebaik-baik hamba. Sesungguhnya Dia Amat taat (kepada Tuhan-nya).” (QS. Sad: 44)
.
4. PARA SAHABAT NABI DAN ORANG YANG MENGIKUTI JEJAK MEREKA
.
Allah Ta’ala berfirman: “Kalian adalah umat yang terbaik dikeluarkan untuk manusia, memerintahkan yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali ‘Imran: 110)
.
Siapakah umat terbaik dalam ayat ini? Abdullah bin Abbas radhiallahu ‘anhuma mengatakan: “Mereka adalah para sahabat nabi yang berhijrah bersama Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam dari Mekkah ke Madinah.” (Musnad Ahmad No. 2463. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan: hasan. Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 6164, katanya: sahih. Disepakati Adz DZahabi)
.
Imam Ibnu Katsir Rahimahullah mengatakan:
.
“Yang benar adalah ayat ini berlaku secara umum bagi semua umat ini (Islam), setiap zaman masing-masing , dan sebaik-baik zaman mereka adalah manusia yang ketika itu pada mereka diutus Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, kemudian yang mengikuti mereka, kemudian yang mengikuti mereka.” (Lihat Tafsir Al Quran Al ‘Azhim, 2/94)
.
Demikianlah generasi sahabat, dan kita pun boleh menjadi khairu ummah sebagaimana mereka jika sudah memenuhi syarat-syarat seperti mereka. Imam Ibnu Jarir, meriwayatkan dari Qatadah,  bahawa Umar Radhiallahu ‘Anhu berkhutbah ketika haji:
.
“Barang siapa yang suka dirinya menjadi seperti umat tersebut maka penuhilah syarat yang Allah tentukan dalam ayat itu.” (Lihat Tafsir Ath Thabari, 7/102)
.
Ayat ini diperkuat oleh hadis berikut:
.
“Sebaik-baiknya manusia adalah zamanku, kemudian setelahnya, kemudian setelahnya.” (HR. Bukhari No. 2652)
.
Tentunya maksud manusia pada zaman nabi adalah manusia yang beriman kepadanya di zamannya, iaitu para sahabatnya. Bukan kaum munafiq dan kaum kafir yang hidup di zamannya.
.

5.PALING KONSISTEN TERHADAP KEWAJIPAN
.
“Sesungguhnya yang terbaik di antara kamu adalah yang paling bagus qadha-nya.”(HR. Bukhari No. 2305, Muslim No. 1601, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu)
.
Maksud “qadha” adalah yang  paling konsisten menepati kebenaran yang wajibkan kepadanya.” (Lihat Ta’liq Mushthafa Al Bugha, 2/809)
.
6. TERBAIK PADA MASA JAHILIYAH DAN ISLAM
.
“Sebaik-baiknya kalian pada masa jahiliyah adalah yang terbaik di antara kalian pada masa Islam, jika mereka paham agama.”(HR. Bukhari No. 3384, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu)
.
7. PALING BAGUS AKHLAKNYA
.
“Sesungguhnya  yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik akhlaknya.” (HR. Bukhari No. 3559, dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu, Muslim No. 2321, dari Ibnu Amr radhiallahu ‘anhu. Ini lafaz Bukhari)
.
8. MEMPELAJARI AL QURAN DAN MENGAJARKANNYA
.
“Sebaik-baiknya kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari No. 5027, dari Uthman radhiallahu ‘anhu)
.
9. MANUSIA YANG PANJANG UMUR DAN AMALNYA SEMAKIN BAIK
.

Mahukah aku tunjukkan manusia terbaik di antara kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Beliau bersabda:“Manusia terbaik di antara kamu adalah yang paling panjang usianya dan semakin baik amalnya.” (HR. Ahmad No. 7212, dari Abu Hurairah radhiyallau ‘anhu. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan: shahih lighairih. Al Hakim, Al Mustadrak No. 1255, katanya: shahih sesuai syarat Syaikhan (Bukhari-Muslim))
.

poster tilljannah

.

10. MANUSIA YANG PALING BERMANFAAT BAGI MANUSIA LAINNYA
.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.” (HR. Ath Thabarani, Al Mu’jam Al Awsath No. 5787. Al Qudha’i, Musnad Syihab No. 129. Dihasankan Syaikh Al Albani. Lihat Shahihul Jami’ No. 6662. Dari Jabir radhiyallau ‘anhuma)
.
11. MANUSIA YANG PALING  TENANG, KHUSYUK, DAN TUMA’NINAH  KETIKA SOLAT
.
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling lentur bahunya ketika solat.” (HR. Abu Daud No. 672. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani. Lihat Sahih wa Dhaif Sunan Abi Daud No. 672)
.
“Maksud hadis ini adalah mereka yang solatnya tenang, tuma’ninah, khusyuk, tidak menoleh, dan tidak mengganggu  bahu saudaranya.” (Imam Al Khathabi, Ma’alimus Sunan, 1/184. Lihat juga Imam Al Munawi, Faidhul Qadir, 3/466, Imam Al ‘Aini, Syarh Sunan Abi Daud, 3/221)
.
12. SUAMI YANG TERBAIK SIKAPNYA TERHADAP ISTERINYA
.
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isterinya, dan aku yang terbaik terhadap isteriku.” (HR. At Tirmidzi No. 3895, dari ‘Aisyah radhiyallau ‘anha. Imam At Tirmidzi berkata: hasan shahih. Imam Ibnu Majah No. 1977, dari Ibnu Abbas, Al Baihaqi, As Sunan Al Kubra No. 15699, Ibnu Hibban No. 4177. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3314)

.
13. MANUSIA YANG TIDAK SUKA MENGUSIK DAN MENYAKITI SAUDARANYA

.
Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, Islam apakah yang paling utama? Beliau bersabda:“Iaitu orang yang muslim lainnya aman dari lisan dan tangannya.”(HR. Bukhari No. 11, Muslim No. 42, dari Abu Musa Al Asy’ari radhiyallau ‘anhu)
.
14. YANG MEMBERIKAN MAKANAN
.
“Hamzah bin Shuhaib meriwayatkan dari bapanya radhiyallahu ‘anhu yang berkata: “Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan.” (HR Ahmad no. 3318 dan dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no. 3318)
.
15. YANG PALING BAIK AKHLAKNYA DAN MENUNTUT ILMU
.
“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (HR Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no. 3312)
.
16. YANG PALING DIHARAPKAN KEBAIKANNYA DAN PALING JAUH KEBURUKANNYA
.
“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda: “Maukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?” Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: “Ya, kami mahu wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami,” beliau bersabda: “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…” (HR Tirmidzi no. 2252 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no. 2603)
.
17. TIDAK INGKAR MELUNASI HUTANG
.
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “..Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” Muttafaqun ‘alaih (HR. Bukhari no. 2393 dan Muslim No.3003)
.
PENUTUP :
Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Do’a mereka di dalamnya ialah: “Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: “Salam”. Dan penutup doa mereka ialah: “Alhamdulilaahi Rabbil ‘aalamin”.” (QS Yūnus: 9-10)
.
Penulis: Ibnu Umar
Artikel: asdhar.blogspot.com

.

poster tilljannah

10 Tips Menjadi Muslim Yang Baik

Semua orang mahu jadi baik dan mendapat pasangan hidup yang baik seterusnya memiliki kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Tapi, berapa ramai orang yang berusaha untuk menjadi muslim terbaik mengikut acuan Islam?

.

Di sini saya ingin kongsikan 10 tips menjadi muslim yang baik.

.

  • Bersikap Terbuka.

.

Maksudnya terbuka terhadap setiap perubahan yang terjadi terutama dalam hal penemuan ilmu pengetahuan dan teknologi. Setiap perubahan baru dihadapi dengan sikap optimis dan dijadikan sebagai penguat untuk maju ke depan. Antaranya perlu mempunyai keinginan mempelajari Sains Moden, teknologi baru dan menerima budaya hidup baru yang terpelihara supaya seorang muslim dan agama Islam sendiri tidak dianggap ketinggalan zaman.

.

  • Tidak Terpengaruh Terhadap Perbezaan Pendapat.

.

Kita harus mendengar pendapat orang lain dan penafian pendapat dari orang lain, tetapi jangan mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.

.

  • Aplikasi Agama Bukan Untuk Diri Sendiri Sahaja.

.

Mengamalkan agama bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk kehidupan sosial. Contohnya, melakukan ibadah bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim, mengajak orang melakukan kebaikan dan pelbagai aktiviti sosial yang lain.

.

  • Membina Gaya Hidup Islam.

.

Mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam secara betul-betul.

.

  • Memainkan Peranan Sebagai Pengadil.

.

Menjadi muslim yang mampu mendamaikan orang-orang yang bersengketa dan menunjukkan Islam itu agam a hikmah yang dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak yang berbalah.

.

poster tilljannah

.

  • Tidak Berhenti Mempelajari Ilmu Pengetahuan.

.

Ilmu pengetahuan terus berkembang, jadi kita wajib mempelajarinya dan terus menggali ilmu yang akan terjadi pada masa akan datang.

.

  • Melakukan Penelitian Terhadap Agama Islam.

.

Kita meneliti agama Islam yang berkembang pada zaman sekarang dan mengambil yang sesuai dan meninggalkan yang kurang sesuai.

.

  • Memandang Dunia Sebagai Sarana.

.

Untuk kehidupan yang lebih hakiki iaitu akhirat, seseorang tidak boleh memandang kehidupan di dunia dengan sebelah mata. Di dunia persinggahan inilah tempat kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan amalan untuk hari pengadilan dan pengakhiran.

.

  • Meningkatkan Kekuatan Fizikal.

.

Mudah kata,fahami sabda nabi berikut:  “ Muslim yang kuat lebih baik berbanding muslim yang lemah”.

.

  • Menghargai Sesama Muslim.

.

Walaupun orang Islam ada pelbagai ragam dan aliran kefahaman sama ada politik dan kehidupan, kita tetap perlu menghormatinya.

.

Contohnya, Ketika solat Subuh, ada yang membaca doa qunut ada yang tidak. Kita tidak boleh mempersoalkannya kerana semuanya benar. Dan yang salah adalah tidak melaksanakan solat Subuh!!

.

poster tilljannah

3 Hikmah Bercinta Selepas Kahwin

Kahwin. Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, ‘nikah’ adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan…

.

Kahwin. Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, ‘nikah’ adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap daripada mereka hak dan tanggungjawab.

.

Pada zaman yang serba moden lagi canggih ini, kebanyakkan mereka yang ingin berkahwin memilih untuk bercinta dengan pasangan mereka sebelum mereka mengikat hubungan mereka dengan ikatan nikah. Tidak ramai yang mahu bercinta selepas bernikah.

.

Kita dimomokkan dengan andaian-andaian buruk seperti ‘boleh hadirkah perasaan cinta tersebut?’ dan ‘bagaimana pula jika perasaan tersebut tidak hadir selepas nikah?’

.

Hikmah #1 – Tiada Rasa Bersalah

.

‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal.

.

Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan bahawa

.

“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”Maksud hadith, dari riwayat Thabrani

.

Dengan bercinta selepas bernikah, pasangan tersebut boleh mengenali antara satu sama lain tanpa terhalang oleh batas-batas yang ketat. Perkara ini sama sekali tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin.

.

cinta lepas nikah

Sumber Gambar

.

Hikmah #2 – Senang Menzahirkan Rasa Cinta

.

Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya?

 .

Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan.

.

Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada.

.

poster tilljannah

.

Hikmah #3 – Proses Berkenalan Tanpa Batasan

.

Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini.

.

Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah.

.

Mahu memeluk kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.

.

Apakah ada lagi fasa yang lebih indah di dalam percintaan kita selain dari fasa pertukaran dari berkenalan ke percintaan?

.

Konklusi

.

Bercinta selepas berkahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat indah lagi seronok. Penulis sendiri adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk bercinta selepas berkahwin.

.

Pengalaman tersebut adalah satu pengalaman indah yang tidak mungkin dapat dikongsikan 100% melalui penulisan. Namun begitu, ini bukanlah berpendapat bahawa bercinta sebelum berkahwin itu salah.

.

Tiada masalah jika mana-mana pihak mahu bercinta sebelum berkahwin asalkan mengikut batas syarak yang dibenarkan dan kedua-dua pihak yang terlibat mempunya matlamat yang jelas; bernikah.

.

Yakinlah, bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita selepas bernikah. Cinta selepas nikah itu indah; semoga percintaan kita semua diberkati Allah sebagaimana Dia memberkati percintaan di antara para Rasul-Nya dan isteri-isteri mereka.

.

Sumber Artikel :  Ahmad Justin.

.

poster tilljannah